Friday, November 14, 2008

BSN Sasar Pinjaman Mikro Kewangan RM250 Juta Tahun Depan

TEMERLOH, 13 Nov (Bernama) -- Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan pinjaman bernilai RM250 juta bagi skim pinjaman mikro kewangannya, TemaNiaga, pada tahun depan.Pengurus Besar/Ketua Eksekutif BSN Adinan Maning berkata sehingga Oktober lepas, pihaknya telah mengeluarkan pinjaman kepada 2,600 peminjam mikro dengan nilai berjumlah RM40 juta.

"Kami menjangka mengeluarkan pinjaman RM180 pada tahun ini, tetapi kami menghadapi kekangan sendiri di sana sini, jadi tahun ini kita melihat kepada RM50 juta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian pusat mikro kewangan cawangan BSN Temerloh di sini hari ini.

Pusat itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Saifuddin Abdullah.Adinan berkata usaha menambah bilangan pusat mikro sedia ada akan memberi kemudahan aksesibiliti kepada usahawan kecil dan sederhana terhadap pembiayaan itu.

Beliau berkata lebih 20 lagi pusat mikro kewangan akan dibuka di seluruh negara pada tahun depan sebagai pertambahan kepada 35 pusat sedia ada.Menerusi pembiayaan mikro TemaNiaga, BSN akan memberikan pinjaman dari RM5,000 hingga RM50,000 bagi tempoh sehingga lima tahun dengan kadar faedah antara 16 dan 17 peratus setahun.

Sementara itu, Saifuddin berkata pemberian pinjaman mikro kewangan oleh BSN akan menambah lagi dana untuk membantu usahawan.Katanya, dengan pertambahan skim tersebut, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berharap usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan merebut peluang tersebut untuk meningkatkan keupayaan perniagaan mereka.-- BERNAMA

1 comment:

Mrs Rebecca said...

Kami adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
bantuan, seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda akan melalui kewangan
masalah, jika anda mempunyai keadaan huru-hara kewangan dan anda memerlukan dana untuk
memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau membayar
bil, memulakan perniagaan yang baik atau anda mendapati sukar
mendapatkan pinjaman modal dari bank-bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e - mail
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

 "Jadi, jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja,
Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..

Nama awak: ______________________
Alamat anda: ____________________
Negara awak: ____________________
Tugas anda: __________________
Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
Tempoh pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nombor telefon: ________________
Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
Jika anda telah memfailkan pinjaman sebelumnya, di mana anda dirawat dengan jujur? ...

Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, keadaan huru-hara, dan cabaran
hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e - mail:
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com