Tuesday, October 28, 2008

Hidup senang dengan hasil timun

KUALA SELANGOR 29 Julai - Tidak mudah menyerah kalah dan kuat semangat merupakan kunci kejayaan, Nurwahidah Hambali, 28, pengusaha muda yang kini hidup selesa dengan hasil dari ladang timun seluas 0.6 hektar miliknya.


Menurut graduan Institut Pertanian Semenanjung Malaysia itu, jika semangatnya tidak kuat, pasti ladang timun yang diusahakan sejak empat tahun lalu dan kini memberi pendapatan sehingga RM5,000 sebulan, telah lama berkubur.


Ini kerana, kata Nurwahidah, pada tahun pertama dia mengusahakan ladang timun tersebut, beliau mengalami kerugian besar akibat pokok timunnya tidak menjadi.


Namun, berkat kesabaran dan sokongan suaminya, Norhisham Ramlan, 35, ibu kepada dua anak ini meneruskan tanaman timunnya di samping mengikuti kursus-kursus tambahan bagi menambahkan ilmu dan pengalaman.


Akhirnya, dia bangkit semula dan kini berjaya mendapat hasil yang sememangnya lumayan sehingga terpaksa mendapat bantuan empat pekerja kerana tidak cukup tangan untuk mengerjakan ladang sendirian.


“Kini bagi mendapatkan hasil tanaman yang lebih banyak dan bermutu, saya menggunakan kaedah tanaman fertigasi iaitu penanaman di bawah satu bumbung dengan permulaan 4,000 beg.


“Saya juga masih meneruskan tanaman timun di atas tanah,” kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.


Ditanya mengapa beliau memilih menanam timun sebagai punca rezekinya, Nurwahidah berkata, timun kini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan harga ladangnya juga menguntungkan iaitu RM1 hingga RM1.30 sekilogram.


Tambahnya, penjagaan tanaman timun juga tidak terlalu rumit kerana apa yang penting ialah benih yang baik, dibaja seminggu sekali, disiram dua kali sehari dan dikawal dari serangga perosak.


“Selepas satu musim atau 65 hari, 15 tan timun sudah boleh dipetik secara berperingkat-peringkat setiap hari untuk dipasarkan.


“Perlu diingat, timun seelok-eloknya dipetik pada sebelah pagi bagi menjamin kesegarannya,” tambahnya lagi.


Ujar Nurwahidah, dia menjual 60 peratus hasil timunnya kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang datang mengambil timun di kebunnya enam kali seminggu.


Sebahagian lagi hasil tanaman timun itu, katanya, akan dijual di pasar atau kedai runcit di sekitar Kuala Selangor.


Dia berhasrat meluaskan projek timunnya kepada 1.2 hektar pada masa depan bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan memenuhi permintaan di pasaran.


“Bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, saya melihat bekalan makanan mentah akan berkurangan berikutan krisis ekonomi sejagat.


“Jadi saya berharap dapat membantu dengan hasil tanaman saya ketika itu,” katanya yang juga menanam cili padi, cili merah dan selepas ini bakal memulakan tanaman tembikai wangi pula.

Projek Tingkat Pendapatan Nelayan

SEMPORNA 27 Mei - Projek unjam yang dilaksanakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberikan impak positif dalam meningkatkan hasil laut sekali gus meningkatkan pendapatan nelayan.


Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, menerusi projek tersebut didapati hasil tangkapan nelayan pesisir pantai semakin meningkat berbanding sebelum ini.


Katanya, berdasarkan kajian yang dilaksanakan LKIM bersama Universiti Putra Malaysia terbukti unjam-unjam ini memberi impak yang amat baik kepada peningkatan pendapatan nelayan iaitu antara 40 hingga 88 peratus.


“Kepadatan ikan di kawasan unjam-unjam juga menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding di kawasan terbuka,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Ladang Ikan di Laut (unjam) di sini baru-baru ini.


Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Sulabayan, Datuk Harman Ahmad; Ketua Pengarah LKIM, Datuk Mustafa Ahmad; Pengarah LKIM Negeri, Zainal Ali dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri, Jumahat Intang.


Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, program seperti itu bukan sahaja sukar dilaksanakan, malah turut melibatkan perbelanjaan serta peruntukan yang agak besar.

Jelasnya, sehingga kini LKIM telah membelanjakan lebih RM5 juta bagi melaksana projek unjam di perairan Sabah iaitu di Papar, Semporna, Tawau, Sandakan, Pulau Banggi, Kudat, Kota Belud, Tuaran dan Kuala Penyu.


Justeru itu katanya, semua nelayan perlu merebut peluang dan mengambil manfaat sepenuhnya daripada program tersebut selain sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada kerajaan.


“Di sini jelas kepada kita bahawa program pembinaan unjam-unjam sama ada yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh LKIM dapat memberikan impak amat besar bukan sahaja kepada masyarakat nelayan setempat malah dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.


“Justeru janganlah kita musnahkan atau sengaja melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti mengebom ikan di kawasan unjam kerana perbuatan ini bukan sahaja merosakkan struktur unjam, malahan mengakibatkan kematian ikan, seterusnya menjadikan kawasan unjam tersebut tidak produktif,” katanya,

Nelayan perlu bilik beku simpan stok

ROSAK: Sebahagian daripada stok ikan yang rosak dan sukar untuk dipasarkan kerana masalah ketiadaan sistem penyimpanan bilik penyejuk beku yang sempurna di Jeti LKIM Kuala Perlis.


Kemudahan perlu disediakan LKIM bagi elak hasil tangkapan busuk atau dijual di negara jiran


KANGAR: Jumaat lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara menahan tujuh nelayan termasuk dua warga Thai bersama sebuah bot nelayan pukat hanyut sarat dengan muatan lebih 2,000 kilogram ikan pelbagai jenis di perairan Kuala Perlis.


Ketika kejadian, bot dengan tujuh awak-awak berusia antara 21 hingga 42 tahun itu dilihat sedang memecut laju di perairan terbabit menghala sempadan Malaysia-Thailand di sini, kira-kira jam 5.30 pagi.


Hasil pemeriksaan, mereka dikesan cuba menyeludup 2,225 kilogram ikan bernilai hampir RM5,000 ke negara jiran melalui perairan Kuala Perlis. Semua mereka kemudian ditahan, manakala bot serta ikan pula dirampas untuk tindakan lanjut.


Bagi sesetengah pihak, tindakan tujuh awak-awak terbabit terutama lima nelayan tempatan yang ditahan dilihat seolah-olah perbuatan pengkhianat yang cuba mengaut keuntungan cepat hasil daripada kegiatan jenayah penyeludupan.


Selain itu, tidak kurang pula yang menganggap kumpulan nelayan ini seperti penyangak yang cuba mencuri hasil laut negara demi kepentingan sendiri, tanpa mengambil kira sama ada tindakan diambil menyalahi undang-undang.


Namun, di sebalik senario itu, tidak ramai yang tahu golongan nelayan terutama di sekitar Kuala Perlis berdepan seribu satu masalah termasuk yang sudah bertahun lamanya dihadapi.


Malah, Berita Harian ketika menyusuri kehidupan kumpulan nelayan di sekitar Kuala Perlis, baru-baru ini, turut terkejut apabila ada antara mereka mengaku tidak pilihan kecuali membawa hasil ikan yang diperoleh ke negara jiran, bagi mengelak daripada rugi teruk.


Paling membimbangkan, ada kalangan mereka terpaksa berbuat demikian semata-mata untuk mengelak daripada kehilangan mata pencarian dan tindakan membawa keluar ikan terbabit diambil bukan bertujuan mengaut keuntungan cepat, tetapi lebih kepada menyelamatkan periuk nasi masing-masing, terutama untuk mengisi perut anak mereka yang kelaparan.


Difahamkan, kumpulan nelayan di sekitar Kuala Perlis menghadapi masalah penyimpanan stok sejak sekian lama sehingga menyebabkan hasil yang dibawa pulang cepat rosak.


Ini kerana, pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) gagal menyediakan tempat penyimpanan stok yang sempurna di jeti pendaratan ikan, menyebabkan banyak ikan yang dibawa pulang cepat rosak kerana tidak dapat disimpan dalam keadaan baik.


Malah, pemborong juga enggan mengambil stok ikan yang sudah rosak, kecuali dengan harga yang rendah sehingga 40 sen atau 50 sen sekilogram dan nelayan tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menerima tawaran itu, bagi mengelak kerugian.


Seorang nelayan, Isnan Zubir, 21, berkata isu ketiadaan bilik penyejuk beku di LKIM sebenarnya bukan perkara baru, malah sudah lama dialami nelayan Kuala Perlis sejak 10 hingga 20 tahun lalu.


Katanya, ketiadaan bilik penyejuk beku menyebabkan ikan sukar dipasarkan dan atas sebab itu juga LKIM enggan menerima ikan dalam jumlah banyak, sedangkan stok berkenaan sudah mulai rosak sehingga sukar untuk dipasarkan.


Apabila ini berlaku, nelayan terpaksa mencari pemborong yang sanggup membeli ikan dalam kuantiti kecil iaitu antara 100 hingga 200 kilogram dan bayangkan berapa banyak pemborong yang perlu dicari bagi menghabiskan sejumlah lebih 2,000 kilogram ikan.


“Sudahlah kita berdepan masalah penyimpanan, kini terpaksa pula mencari pemborong sendiri untuk memasarkan stok sedangkan ikan semakin lama semakin reput. Justeru, ramai di kalangan nelayan memilih untuk membawa stok ikan ke negara jiran,” katanya.


Rakannya, Mohd Yazid Razi, 29, berkata ada di kalangan nelayan yang terpaksa menghantar stok ikan mereka ke negara jiran bagi mengelak daripada mengalami kerugian.


Katanya, ketiadaan sistem penyejuk beku yang sempurna menyebabkan nelayan berperang dengan masa apatah lagi semakin lama ikan di luar tanpa penyimpanan sempurna, semakin cepat ia rosak.


“Kita terpaksa membawa ikan ke negara jiran secara haram kerana tidak dapat menunggu waktu pejabat untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa.


“Bayangkan nelayan pulang ke jeti jam 4 atau 5 pagi dengan stok ikan yang banyak. Tanpa sistem penyimpanan sejuk beku yang baik, ikan akan busuk jika tidak dijual segera,” katanya yang sudah beberapa kali menanggung nasib sama.


Difahamkan, nelayan pukat hanyut di Kuala Perlis memerlukan modal antara RM400 hingga RM500 untuk setiap kali ke laut. Jika ikan yang dibawa pulang tidak dapat dipasarkan, maka modal mereka akan hilang dan kerja mereka seharian menjadi tidak berbaloi.


Justeru, nelayan di sini, meminta LKIM mencari jalan penyelesaian terutama menyediakan sebuah bilik penyimpanan sejuk beku yang sempurna, selain memikirkan alternatif pemasaran, bagi mengelak mereka menyeludup ikan ke negara jiran.


Ini kerana, mereka yang dikesan menyeludup ikan ke negara jiran boleh didakwa mengikut Peraturan 4A(3) Peraturan-peraturan Pemasaran Ikan 1973 (Pindaan 1988) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 17(1) Akta Lembaga Kemajuan Ikan. Selain itu, mereka juga boleh didakwa mengikut Akta Kastam 1967 kerana membawa barangan tanpa kelulusan Kastam Diraja Malaysia.

Nelayan buka industri keropok

TEKUN: Antara pekerja Roslan melakukan kerja harian menyiang ikan di Kampung Nenasi Pantai di Pekan, Pahang.


Perniagaan diusaha Roslan di Kampung Nenasi Pantai beri pendapatan lumayan, bantu jiran dapat pekerjaan sampingan


Keperitan hidup sebagai keluarga nelayan yang bergantung sepenuhnya terhadap hasil tangkapan harian untuk perbelanjaan keluarga menyebabkan seorang anak nelayan di Kampung Nenasi Pantai dekat sini, terbabit dalam industri pembuatan keropok ikan tamban.


Perniagaan dilakukan Roslan Awang, 44, dengan bantuan isterinya, Noreda Mustafa, 38, itu walaupun masih berkaitan kehidupan nelayan, memberi pendapatan lumayan kepada keluarga berkenaan dengan pendapatan kasar berjumlah kira-kira RM11,000 sebulan.


Pendapatan itu nyata bukan saja mampu mengubah hidup Roslan sekeluarga malah turut membantu keluarga nelayan lain di sekitar kampungnya meningkatkan ekonomi keluarga mereka.


Roslan berkata, industri kecil-kecilan yang dilakukannya sejak 14 tahun lalu itu memberi pekerjaan kepada 12 penduduk kampung, khasnya isteri dan anak nelayan.


Beliau berkata, dia membeli ikan tamban segar seberat satu tan berharga RM2,000 setiap dua atau tiga hari sekali, bagi menghasilkan kira-kira 5,000 batang keropok lekor, selain 20 kilogram keropok kering sehari.


Katanya, produk makanan menggunakan jenama `Keropok Nenasi’ itu dihantar ke seluruh negara, termasuk Perlis, Johor dan Singapura.


“Saya tidak mahu mewarisi kerjaya keluarga menjadi nelayan, sebaliknya berusaha terbabit dalam perniagaan untuk mengubah ekonomi keluarga tetapi bidang diceburi ini masih berkait rapat dengan kehidupan nelayan.


“Saya bangga kerana perniagaan membuat Keropok Nenasi ini turut memberi peluang isteri dan anak nelayan di sekitar kampung ini menambah pendapatan dengan bekerja secara sambilan dengan saya.


“Mereka bekerja pada waktu petang untuk membersihkan ikan tamban dan bayaran diberi mengikut jumlah ikan dibersihkan iaitu 40 sen bagi setiap sekilogram. Secara purata, mereka mampu memperolehiRM15 sehari dalam tempoh kira-kira empat jam bekerja,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.


Proses pembuatan keropok ikan tamban bermula dengan menyiang dan membersihkan ikan sebelum isi ikan disimpan dalam peti sejuk.


Selepas disimpan selama 12 jam, isi ikan akan dimesin hancur dan digaul dengan tepung untuk dijadikan keropok lekor dan keropok kering.


Roslan yang mendapat sokongan Mardi, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam memajukan industri itu, berkata permintaan terhadap produk keluarannya sangat membanggakan, malah adakalanya dia gagal memenuhi permintaan berikutan kekurangan bahan mentah.


“Bagaimanapun, saya terkilan kerana terpaksa menghasilkan keropok ini di bangsal milik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang disewa RM400 setahun sejak 14 tahun lalu.


“Saya sudah memohon mendapatkan tempat lebih selesa untuk memperluaskan lagi perniagaan ini tetapi belum mendapat maklum balas sehingga sekarang.

“Sebenarnya, saya bercadang menghasilkan keropok beku untuk dipasarkan di seluruh negara tetapi terpaksa menyimpan hasrat itu kerana tiada tempat operasi yang luas,” katanya yang masih mengikuti kursus kemahiran dua kali sebulan.


Bagi Semek Muda, 44, dia mampu memperoleh pendapatan hampir RM500 sebulan sejak bekerja di situ, tujuh tahun lalu.


“Pendapatan ini boleh membantu keluarga kerana pendapatan suami sebagai nelayan tidak menentu.


“Pada waktu petang, saya menyiang dan membersihkan ikan dan pagi esoknya pula, akan membantu memesin ikan untuk dijadikan keropok,” katanya.


Rakannya, Habsah Muda, 54, berkata kerja sambilan membersihkan ikan tamban yang dilakukannya empat kali sebulan sejak dua tahun lalu, membolehkan dia memperoleh pendapatan tambahan bulanan kira-kira RM200.


“Saya tidak bekerja dan peluang membantu Roslan mengusahakan perniagaan keropok ikan tamban ini, sekurang-kurangnya dapat mengisi masa lapang dan menambah pendapatan keluarga.


“Biasanya, kami bekerja bermula jam 2 petang dan saya hanya bekerja empat kali sebulan,” katanya yang memiliki enam anak.


Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nenasi, Kamaruzaman Nordin, berkata dia mula mengambil upah menyiang dan membersihkan ikan tamban di situ sejak tiga tahun lalu.


Katanya, dia bekerja sambilan selepas tamat waktu persekolahan iaitu bermula jam 3.30 petang hingga 6 petang dan setiap jam 8 pagi hingga 6 petang pada Sabtu serta Ahad.


“Saya tidak rasa jijik bergelumang dengan ikan setiap hari dan membuat kerja yang biasanya dilakukan wanita ini kerana saya anak nelayan.


“Lebih baik saya melakukan kerja berfaedah seperti ini daripada membuang masa, malah wang yang diperoleh di sini, digunakan untuk membeli buku dan disimpan untuk membiayai kursus `catering’ yang akan saya ikuti kelak,” katanya yang juga anak kelima daripada lapan beradik.


FAKTA: Keropok Lekor Nenasi


# Keropok lekor (basah) yang dikeluarkan Roslan dijual kepada peniaga dan kantin sekolah di sekitar Rompin dan Pekan setiap hari.


# Sering menerima jemputan mengadakan pameran produk berasaskan ikan daripada Jabatan Perikanan di seluruh Pahang.


# Dalam tempoh sehari, 20 kilogram keropok kering dihasilkan selain 5,000 batang keropok lekor.


# RM2,000 dibelanjakan untuk membeli satu tan ikan tamban segar untuk bahan asas Keropok Nenasi setiap dua atau tiga hari.

Sunday, October 26, 2008

Tmn teknologi kambing RM10,000,000.00 dibina

KUALA TERENGGANU: Sebuah pusat teknologi dan penyelidikan kambing dikenali Taman Teknologi Kaprima Bestari bernilai RM10 juta akan dibina di Serating, Marang di bawah inisiatif penternakan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Terengganu (JPHT), Dr Azizol Mohd Sharun, berkata taman seluas 10 hektar di Taman Pengeluaran Makanan Kekal bakal dilengkapi dengan rumah ladang, pusat penyembelihan, kilang memproses baja, restoran, dewan pameran produk, dan asrama untuk kakitangan.

Katanya, taman teknologi itu akan beroperasi sebagai pusat pengumpulan data serta penyelidikan pembiakan kambing kebangsaan dan negara Asia yang ingin mendapatkan maklumat ternakan berkenaan.

“Kita akan membawa teknologi dan teknik pembiakan terbaru dari luar negara yang dapat membantu penternak mengurangkan kos pengeluaran sekali gus memberi pulangan lumayan.

“Malah, kami menjangkakan pembangunan taman ini akan memberikan prospek ekonomi lebih cerah kepada usahawan tempatan dan peluang pekerjaan kepada graduan dalam bidang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat ACER, di sini, semalam.

Azizol berkata, selain aktiviti penternakan dan penyelidikan, taman itu menawarkan tarikan pelancongan menarik dan mesra kanak-kanak di mana mereka berpeluang merasai sendiri pengalaman memberi makan dan membelai ternakan.

“Terengganu mensasarkan seramai 3.5 juta pelancong setahun dan sebahagian besar tarikan itu tertumpu pada alam semula jadi dan warisan.

“Justeru, kami meramalkan taman ternakan ini juga bakal menjadi tumpuan pelancong
tempatan dan luar negara,” katanya.

Azizon berkata, negara memerlukan bekalan 10 juta kambing setahun bagi menampung permintaan dengan kadar pengambilan daging kambing perkapita negara meningkat dari 0.67 kilogram (kg) pada 2006 kepada 0.74 kg tahun lalu.

Katanya, bagi memenuhi keperluan itu, Malaysia terpaksa mengimport kira-kira 15,000 tan daging kambing dan 50,000 kambing hidup setahun.

“Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ECER dijangka meningkatkan aktiviti pembiakan sebanyak tujuh peratus bagi memenuhi permintaan tempatan dan global yang semakin meningkat.

“Justeru, bagi mencapai matlamat itu, kita akan menumpu kepada usaha menternak kambing pedaging lebih besar menggantikan kambing tempatan yang lebih kecil,” katanya.

Beliau berkata, menjelang 2020, ECER mensasarkan untuk mengeluarkan 2,020 tan daging kambing dan jumlah itu dilihat mampu mencapai sasaran tahap sara diri sebanyak 35 peratus.

Jabatan pertanian saran tanam buah pala

PULAU PINANG 27 Jun - Jabatan Pertanian Negeri telah memperkenalkan Skim Galakan Buahbuahan (SGB) dalam usaha menggalakkan petani kecil di negeri ini mengusahakan tanaman buah pala.

Pengarah Pertanian Negeri, Abdul Nasir Hassan (gambar) berkata, melalui SGB, golongan petani boleh mengusahakan tanaman itu dengan bantuan pengurusan dan teknik-teknik penanaman yang betul agar buah yang dihasilkan mampu bersaing di pasaran global.

”Melalui skim ini juga, petani yang mempunyai tanah terbiar boleh mengambil peluang untuk mengusahakan tanaman buah pala,” katanya selepas menghadiri Program Kawalan Penyakit dan Perosak Tanaman Durian di sini semalam.

Menurutnya, memandangkan permintaan terhadap buah pala semakin meningkat, maka bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap buah berkenaan, Jabatan Pertanian mengusahakan tanaman buah pala di semua tanah kerajaan yang tidak dibangunkan.

Selain itu, katanya tanah-tanah yang digunakan untuk aktiviti haram sebelum ini juga telah diambil oleh jabatan berkenaan bagi tujuan penanaman buah tersebut.

Usaha penanaman buah pala itu, kata beliau telah dimulakan oleh jabatan tersebut sejak awal tahun lagi melibatkan penanaman sebanyak 4,000 pokok di Daerah Barat Daya di negeri ini.
”Kalau kita lihat sekarang, hanya terdapat kira-kira 50 hektar kawasan tanaman buah pala di negeri ini sedangkan permintaannya amat tinggi.

”Di negeri ini juga terdapat beberapa buah kilang yang menggunakan buah pala untuk menghasilkan produk lain seperti jus, jeruk dan ubat, namun sumber buah pala dari dalam negeri sangat terhad,” katanya.

Berikutan itu, jelasnya, kilang-kilang yang mengusahakan produk daripada buah pala itu terpaksa mengimport buah tersebut dari luar negara terutama Indonesia kerana hasil tempatan tidak mencukupi.

”Justeru saya lihat ini sebagai satu peluang untuk kita meningkatkan industri buah pala di negeri ini bagi menampung permintaan kilang-kilang yang ada di sekitar Pulau Pinang,” katanya.

Peniaga kerepek mampu raih RM1600 sebulan

gKUALA LIPIS 23 Jun - Pahang mensasarkan seramai 200 peniaga kerepek ubi dan pisang di sini memperoleh pendapatan minimum sebanyak RM1,600 sebulan setiap seorang menerusi program pemasaran bersepadu pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad berkata, peniaga terbabit merupakan ahli koperasi yang terlibat dalam kursus usahawan pengurusan dan pemprosesan kerepek pisang dan ubi.

Beliau berkata, projek tersebut mendapat sokongan Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa) yang memilih mereka sebagai projek perintis dalam program pemasaran itu.

”Langkah ini untuk mengembangkan sektor pengeluaran kerepak ubi dan pisang kerana ia mendapat pasaran yang baik dan boleh menambah pendapatan peniaga terutama yang tinggal di luar bandar,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Bengkel Pembangunan Usahawan Kerepek anjuran Angkasa di sini hari ini.

Seramai 200 peserta terdiri daripada ahli beberapa koperasi di Pahang menyertai bengkel yang berakhir esok.

Hadir sama Naib Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Timbalan Yang Dipertua Angkasa, Prof. Dr. Mohd. Ali Baharom.

Menurut Ishak, setiap peniaga menyasarkan pengeluaran antara 40 hingga 50 kilogram kerepek seminggu dengan jualan antara RM8 hingga RM10 sekilogram di kedai, pasar tani, pekan sehari dan ruang pameran anjuran pihak tertentu.

Bekalan bahan mentah untuk kerepek itu. menurutnya diperoleh daripada penanam pisang dan ubi di sekitar daerah ini.

”Ahli koperasi juga digalakkan menanam ubi dan pisang sendiri yang boleh digunakan untuk pemprosesan kerepek kerana dengan cara itu, kosnya lebih murah.

”Kita juga menggalakkan ahli koperasi yang tidak mempunyai tanah memohon sekurang-kurangnya empat hektar tanah tol daripada Pejabat Tanah Daerah masing-masing untuk tanaman pisang dan ubi,” katanya.

Ishak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar meminta Pejabat Tanah Daerah memberi keutamaan permohonan koperasi berkenaan bagi tujuan projek tersebut.

Bagi menjayakan projek berkenaan, beliau berkata, beberapa agensi kerajaan akan memberi bimbingan teknikal, pemasaran dan bantuan kepada peniaga supaya pengeluaran kerepek itu berjaya direalisasikan tidak lama lagi.

”Kita akan meminta kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk ahli koperasi menjalani kursus pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran agar pengeluaran makanan ini lebih berkualiti serta berdaya saing,” katanya.

Menurutnya, koperasi di Pahang sepatutnya telah mendominasi pengeluaran kerepek di pasaran kerana mempunyai bekalan bahan mentah yang banyak.

Wednesday, October 22, 2008

Raih pendapatan lumayan ternak lintah

SIK 24 April - Meskipun bidang pertanian bukan satu kerjaya yang glamor, namun ia menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka yang sanggup memerah keringat di bawah terik matahari dan menempuh pelbagai cabaran.


Ini dibuktikan oleh seorang petani, Abd. Hamid Awang Kecik, 65, dari Kampung Jelutong, dekat sini yang berupaya memperoleh pendapatan lebih daripada RM3,000 sebulan hasil ternakan lintah.


Menurut Abd. Hamid, bidang ternakan lintah dianggap baru dan dilihat mempunyai prospek yang cukup besar.


Katanya, lintah ketika ini menerima permintaan yang tinggi dengan harganya dikatakan antara RM1.50 hingga RM3 seekor.


“Masa depan ternakan lintah cerah kerana hidupan tersebut sering dijadikan bahan untuk produk perubatan dan kesihatan kecantikan.


“Walaupun saya baru menceburi bidang ini, namun setakat ini, ia mampu memberi pulangan lebih RM3,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Abd. Hamid berkata, dia menceburi bidang ternakan lintah setelah diperkenalkan oleh kenalannya sejak beberapa bulan lalu.


Katanya, tanpa mengikuti sebarang kursus, dia cuba mengusahakannya secara sendiri dengan membina kolam di belakang rumah.


“Saya memperoleh anak lintah daripada penduduk kampung dan membela sehingga besar sebelum dijual.


“Kaedah ternakan tidak begitu rumit. Kita hanya perlu menyediakan ikan belut hidup yang dimasukkan ke dalam jaring khas.


“Anak-anak lintah akan menghisap darah ikan belut terbabit dan apabila ikan itu mati, ia perlu digantikan dengan yang baru,” jelasnya.


Tambah bapa kepada enam orang anak itu, setakat ini, dia tidak menghadapi masalah dari segi pasaran memandangkan peraih akan datang membeli setiap minggu.


Katanya, setiap ekor lintah matang berukuran lima hingga 10 sentimeter dijual dengan harga RM1.50 seekor.


“Kadar ini juga bergantung kepada saiz dan kelebaran lintah berkenaan,” ujarnya.


Abd. Hamid memberitahu, dia juga bersedia membantu mereka yang berminat terutama dari segi kemahiran dan teknik-teknik tertentu dalam usaha menceburi bidang tersebut.


Katanya, orang ramai yang berminat membeli lintah atau mendapatkan khidmat nasihat boleh mengunjunginya di Kampung Jelutong, Belantek, Sik, Kedah atau menelefon 013-4332129.

Monday, October 20, 2008

Keistimewaan lintah dalam perubatan

SEPANJANG kerjayanya sebagai pakar bedah plastik dan rekonstruktif, di Columbia, Dr. Matthew Concannon tidak akan lupa salah satu sejarah yang tercipta enam tahun lalu.

Beliau telah berusaha untuk menyambung sebahagian telinga seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terputus akibat digigit oleh seekor anjing pelatih.

Ini merupakan kes ketiga yang dilaporkan di mana telinga seorang kanak-kanak disambungkan melalui pembedahan mikro.

Menurut Concannon, prosedur yang mengambil masa selama empat jam itu terlalu rumit. Selain saiz pembuluh darah yang terlalu halus, koyakan yang berlaku pada telinga menyebabkan kerja-kerja mencantum semula telinga tersebut semakin mencabar.

Sejurus selepas pembedahan selesai dilakukan, Concannon menggunakan lintah bagi membolehkan aliran darah terbentuk semula.

Dalam tempoh seminggu, lebih 50 ekor lintah telah digunakan. Hasil yang diperoleh begitu menakjubkan.

“Lintah yang digunakan berjaya menyedut sejumlah darah beku bagi membolehkan darah mengalir selepas pembedahan yang rumit.

“Jika darah-darah ini tidak disedut keluar, ia akan masuk semula dan keadaan ini lebih serius seolah-olah seperti tiada darah baru yang mengalir,” jelasnya.

Sukar dipercayai. Tetapi itulah sebahagian sumbangan dan jasa yang cukup besar lintah dalam dunia perubatan.

Spesies yang sinonim dengan `drakula’ ini telah banyak menyelamatkan anggota tubuh yang dipotong melalui pembedahan. Justeru, menyedari kepentingannya ini, Concannon `menternak’ lintah sebagai persediaan pada bila-bila masa ia diperlukan.

Pengarah Hospital Universiti dan Klinik dan pakar tangan dan pembedahan mikro itu menjelaskan, `lintah perubatan’ itu terlalu bernilai.

Menurut beliau, lintah dianggap aset paling penting kepada pakar-pakar bedah plastik dan rekonstruktif di negaranya.

“Lintah dapat membantu mengekalkan aliran darah kepada tisu-tisu yang dipindahkan dan bahagian-bahagian tubuh yang dilekatkan semula,” katanya.

Peranan lintah dalam dunia perubatan sebenarnya telah diamalkan sejak ratusan tahun yang lalu. Biasanya, ia digunakan untuk menghilangkan rasa sakit dengan mekanisme menghisap darah.

Bagaimanapun, perkembangan ubat-ubatan moden menenggelamkan `kehebatan’ dan sumbangan lintah dalam dunia perubatan.

Pada abad ke-19, lintah digunakan secara meluas oleh pakar-pakar perubatan dan tukang gunting rambut untuk proses pembekaman. Amalan berbekam ini, dipercayai sebagai penyembuh banyak jenis penyakit dari hujung rambut hingga ke hujung tapak kaki. Ini termasuklah sakit kepala hinggalah gout.

Namun, lama-kelamaan, amalan ini semakin dilupakan. Bagaimanapun, trend menggunakan lintah perubatan semakin mendapat tempat dalam tempoh empat dekad lalu.

Terbaru, saintis Jerman melaporkan, penggunaan lintah amat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit dan kekejangan di kalangan pesakit yang menghadapi masalah radang sendi pada lutut (artritis).

Dalam perubatan moden, penggunaan lintah hanya terhad bagi merawat masalah darah beku selepas pembedahan.

Penemuan terbaru yang dilaporkan di Annals of Internal Medicine mendedahkan air liur lintah mengandungi sejenis bahan antiradang dan lain-lain bahan kimia.

Menurut Dr. Gustav J. Dobos dari Klinik Essen-Mitte, Jerman, bahan-bahan ini dipercayai dapat mengurangkan gejala-gejala artritis. Lintah-lintah tersebut diletakkan pada bahagian lutut yang sakit, dibiarkan selama 70 minit hinggalah lintah tersebut tertanggal daripada kulit.

Selepas tujuh hari pesakit menerima rawatan, kesannya cukup menakjubkan. Pesakit yang mendapat terapi lintah lebih baik berbanding rawatan konvensional terutama dari aspek kurang rasa sakit.

Dalam makmalnya, Concannon menyimpan antara dua hingga tiga dozen lintah sebagai persediaan.

“Apabila saya memerlukan seekor, saya memerlukannya pada masa itu juga dan tidak boleh menunggunya berjam-jam,” katanya.

Lintah-lintah ini dibiarkan berada dalam akuarium yang diisi dengan air suling. Mereka juga diberi makanan yang dibuat khas untuk mereka yang ditambah dalam tangki tersebut.

Lintah-lintah ini tidak dibenarkan menghisap darah manusia atau apa juga produk-produk darah sebelum digunakan bagi mengelakkan pencemaran kepada pesakit.

Menurut Concannon, tujuan utama penggunaan lintah ialah melancarkan aliran darah. Kelebihan teraputik yang diperoleh daripada lintah ini terbahagi kepada dua.

Pertama, jumlah darah yang dikeluarkan semasa proses menghisap dan setiap gigitan darah akan meleleh hingga satu jam selepas lintah-lintah tersebut jatuh dengan sendirinya.

Keadaan ini, secara tidak langsung membolehkan anggota tubuh yang digigit itu terus hidup.

Bagaimanapun, sebelum prosedur ini dilakukan, Concannon akan melakukan beberapa ujian kepada pesakit bagi memastikan mereka benar-benar mengalami kesesakan vena.

“Saya hanya menggunakan lintah sebagai alternatif terakhir apabila kesemua kaedah teknikal telah dilakukan tetapi pesakit masih mempunyai masalah,” ujarnya.

Apabila terapi ini dimulakan, ia akan diteruskan sehingga pembuluh darah baru terbentuk secukupnya di sekeliling tisu-tisu terbabit.

Begitu juga dengan jumlah lintah yang digunakan. Ia banyak bergantung kepada keadaan penyumbatan dan tempoh impaknya pada penyumbatan tersebut.

Prosedur ini sebetulnya tidak sedikit pun menyakitkan pesakit kerana fungsi sebahagian saraf pada anggota terbabit semakin menurun.

“Kedua, air liur lintah-lintah tersebut mengandungi sejenis kimia anestetik yang menyebabkan kita tidak rasa sakit dan agen antidarah beku.

“Ia dikenali sebagai hirudin - yang membantu darah mengalir dengan bebas,” jelas Concannon.

Dalam kebanyakan kes, katanya pesakit pada mulanya agak ragu-ragu tetapi masih boleh menerima apabila beliau mencadangkan untuk meletakkan parasit kurus ini pada luka mereka.

Daripada 24 kes sejak beliau mula menggunakan terapi lintah pada 1992, hanya seorang pesakit saja yang enggan.

“Setelah kami kehabisan pilihan pembedahan, saya akan tanya kepada pesakit sama ada mereka ingin mencuba kaedah ini.

“Kebanyakannya hairan bagaimana lintah ini bertindak untuk menyelamatkan sebahagian anggota tubuh mereka,” jelasnya.

Tergolong dalam spesies cacing, lintah `digeruni’ kerana keupayaannya menghisap darah dan fizikalnya yang lembik.

Lintah, tergolong dalam spesies cacing yang terdapat banyak di hutan hujan tropika. Spesies ini gemarkan tempat-tempat yang lembap seperti di sungai, danau dan laut.

Selain itu, ia juga mudah ditemui di tempat-tempat perkhemahan berhampiran air terjun atau sungai dan trek tempat mendaki yang lembap.

Secara anatominya, lintah mempunyai alat penyedut pada setiap penghujung badannya. Satu digunakan untuk makan, manakala satu lagi digunakan untuk bergantung ketika menghisap darah.

Menurut Concannon, apabila dia meletakkan lintah ini pada `hosnya’, mereka tidak akan membuang masa. Mereka menggunakan tiga rahang yang mengandungi 100 batang gigi setiap satu ke bahagian terbabit.

Hanya dalam tempoh setengah jam, mereka boleh menyedut darah dengan rakus sebanyak lima kali ganda daripada berat badan mereka.

Setelah puas menghisap darah, lintah akan terjatuh dengan sendiri dan meninggalkan tanda gigitannya yang cukup ketara pada kulit.

Hanya dengan sekali sedutan, lintah-lintah ini mampu bertahan selama 18 bulan tanpa makanan lain.

Apabila lintah-lintah telah digunakan, Concannon akan memberi mereka sedatif dalam alkohol untuk dimusnahkan dalam insinerator.

“Mereka perlu dibuang segera dan berhati-hati kerana badan mereka dipenuhi dengan bahan-bahan buangan perubatan,” katanya.

Bercerita tentang lintah, ada yang memegang kepada kepercayaan jika seseorang bermimpi bertemu lintah, bermakna dia akan digoda oleh perempuan atau sebaliknya. Jika dia bermimpi digigit lintah bersirat akan digoda oleh perempuan yang jahat.

Di kalangan masyarakat Melayu, telah diketahui minyak lintah khusus bagi kaum lelaki untuk menambahkan saiz zakar dan mereka yang bermasalah dalam hubungan seks. Khabarnya, minyak ini ditapa selama 40 hari 40 malam di dalam kelapa muda hijau mengikut resipi herba purba, kitab-kitab lama seperti kitab Arab (Rawd at-Tirr) dan khazanah seks Melayu dahulu kala.

Namun, sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui melainkan bagi mereka yang telah mencubanya.

Hasil berbudi pada tanah

SITIAWAN: Pepatah Melayu ada menyebut ‘berjagung-jagung dahulu sementara tunggu padi masak’ mendorong empat sahabat menjadikan tanaman itu sebagai sumber mata pencarian mereka sepenuh masa.

Walaupun pada peringkat permulaan mereka hanya memperoleh pulangan pertama RM200 bagi tiap 0.4 hektar daripada hasil tanaman jagung seluas 1.3 hektar, tetapi ia tidak melemahkan semangat mereka untuk terus berbudi kepada tanah.

Hasil yang kurang itu berbanding tenaga yang dicurahkan itu juga sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan projek berkenaan sekalipun sudah membuat pelaburan hampir RM30,000.

“Kami mengenal pasti punca kegagalan iaitu kerana tanah kurang baja dan tanah masam menyebabkan jagung tidak subur.

“Bermula daripada itu, kami berusaha memperbaiki keadaan dan sekarang ia sudah menampakkan hasil yang baik,” kata Zamri Azman lsa, 41 bekas anggota tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang berkhidmat selama 13 tahun.

Beliau yang bersara awal bersama tiga rakannya Zainuddin Mat Ariffin 27, Abdul Halim Saffian, 41 dan Zainal Ngadimin, 46,menerusi syarikat Lekir Agro Sdn Bhd memulakan usaha menanam jagung sejak Januari lalu.

Buat permulaan mereka menyewa sebidang tanah milik Pusat Pertanian Lekir, dekat sini dengan kadar bayaran RM200 setahun.

“Kami menerima suntikan semangat dan sokongan moral daripada pegawai Pejabat Pertanian Lekir dan Komuniti Pertanian Titi Gantung yang banyak memberi khidmat nasihat untuk memperbaiki keadaan.

“Pegawai pertanian terbabit juga memberi semangat serta meminta kami supaya tidak putus asa dan sebaliknya mahu kami terus berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang dicita-citakan,” katanya.

Zamri berkata, pada peringkat permulaan projek itu diusahakan banyak pokok jagung mati sebelum berputik yang dipercayai berpunca daripada kualiti tanah tidak sesuai menyebabkan tanaman tidak subur.

Bagaimanapun, katanya selepas tanah itu dirawat dengan dicampur kapur dan baja asas mereka terus menanam jagung dalam kawasan berkenaan dan ia kemudian mula menunjukkan hasil memberangsangkan.

Alhamdulillah, percubaan kali kedua memberi pulangan hampir RM10,000 daripada 120,000 pokok jagung yang boleh dituai selepas 58 hari ditanam iaitu bagi jagung benih Taiwan, manakala benih Thailand pula selepas 68 hari,” katanya.

Beliau berkata, semua jagung dijual terus kepada pasar raya, pasar mini, pasar malam dan kedai runcit sekitar Daerah Manjung yang mendapat sambutan menggalakkan.

Sementara itu, Zainuddin berkata, pihaknya sedang mencari tanah terbiar atau untuk disewa kira-kira seluas lapan hektar tanah lagi untuk mengembangkan projek tanaman jagung yang diusahakan itu.

“Kami sedang mengenal pasti tanah milik agensi pertanian untuk disewakan bagi projek taman jagung di samping merancang melaksanakan projek ternakan ikan air tawar dalam dua kolam di kawasan Pusat Pertanian Lekir,” katanya.

“Kami akan membuat pelaburan berjumlah RM50,000 lagi bagi menjayakan projek tanaman jagung dan ternakan ikan air tawar yang dijangka dilaksanakan awal tahun depan selepas semua urusan mengenainya selesai,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini mereka menggunakan wang sendiri dan belum bercadang membuat pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan.

“Kami berazam menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu lebih ramai usahawan tani dapat dilahirkan dan berbakti kepada tanah yang pasti memberi pulangan menggalakkan,” katanya.

Dragon Fruit banyak khasiat

MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan buah epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

“Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

“Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.

Katanya, buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

“Syarikat kami juga mengeluarkan produk jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Pada masa sama, buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang,” katanya.

Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

“Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.

“Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,” katanya.

Leong berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

“Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,” katanya.

Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.

“Kita sekarang cuba mempromosikan buah ini kepada seluruh rakyat Malaysia bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga sangat berkhasiat. Tidak hairanlah harganya mahal.

“Bagaimanapun, kita sekarang cuba menggalakkan lebih ramai orang di negara ini menanam buah naga dengan menawarkan insentif menarik, termasuk menjual pokok pada harga murah dan jaminan pembelian semula buah daripada petani,” katanya.

Leong berkata, kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

“Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan,” katanya.

KEBAIKAN
# Tingkat daya tahan
# Kurangkan metabolisma badan
# Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
# Kurangkan tekanan emosi
# Neutralkan toksik dalam darah
# Cegah kanser usus
# Cegah kandungan kolesterol tinggi
# Turunkan kadar lemak

Sunday, October 19, 2008

Penternak muda usahakan kambing boer

WALAUPUN masih menuntut di salah sebuah kolej swasta di Subang Jaya, Selangor dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Azizul Faiz Omar, 22, nyata tidak kekok mengembala kambing. Biasanya selepas habis kuliah, anak muda yang lebih mesra dengan panggilan Faiz akan terus ke ladang ternakan keluarganya yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Walaupun sibuk di tahun akhir pengajian, anak sulung daripada empat beradik ini masih ke ladang ternakan dan menghabiskan segala tugasannya di sana. Bagi memudahkan operasi ladang ternakannya, Faiz banyak dibantu oleh bapa saudaranya, Raja Badaruddin Raja Baharuddin.

Ditanya bagaimana minatnya berputik terhadap ternakan kambing, Faiz menjawab dengan jujur, “Pada mulanya saya tidaklah berminat sangat tetapi atas saranan ayah agar saya membantu pakcik.

“Tapi lama-kelamaan, saya semakin teruja dengan ternakan kambing dan saya terfikir apa salahnya saya mencuba.” Minat Faiz terhadap kambing tidak disia-siakan d a n kini anak muda ini telah faham selok-belok dalam pemeliharaan kambing.

Menurut Raja Badaruddin, kehadiran Faiz di ladang ternakan sememangnya banyak membantu dalam bidang pentadbiran. “Lagipun ibu dan ayahnya tidak perlu risau anaknya melepak tidak tentu arah kerana Faiz akan berada di sini bersama-sama saya,” katanya.

Malah Raja Badaruddin, dia pernah membawa Faiz ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut ketibaan kambing Boer seawal pukul tiga atau empat pagi dari luar negara. Katanya, tugasan berkenaan merupakan pelajaran penting sebelum Faiz boleh mengendalikan ladang berkenaan sendirian. “Faiz perlu tahu segalanya mengenai ternakan
kambing sebelum boleh menguruskan semula,” katanya.

Ladang ternakan keluarga di bawah pengurusan Penaerat Sdn. Bhd. bermula sebagai ladang ternakan ayam secara kontrak dengan dua buah syarikat besar. “Kami bermula dengan membeli tanah seluas empat hektar (10 ekar) pada tahun 1994 dan menjalankan penternakan ayam
daging secara penternakan kontrak pada tahun 1995.

“Ternakan dijalankan dengan beberapa buah syarikat dalam tempoh masa 10 tahun
sebelum dihentikan operasinya,” kata Raja Badaruddin yang juga Pengarah Urusan Penaerat Sdn Bhd.
Bagaimanapun harga ayam yang turun naik menyebabkan Penaerat Sdn. Bhd. menukar perniagaannya kepada ternakan ruminan iaitu kambing. Pada Februari 2005, kandang ayam diubahsuai sebanyak tiga kali sebelum menjadi dua buah kandang ternakan kambing seluas 30 x 600 kaki dan 30 x 300 kaki. Sebelum mula mengubahsuai kandang, Raja Badaruddin meninjau beberapa ladang ternakan bagi mendapatkan idea terbaik untuk mengubahsuai kandangnya. Bagaimanapun selepas kandang siap,masalah timbul apabila Raja Badaruddin sukar mencari baka terbaik untuk memulakan ladang ternakan kambing pada 2005.

“Mencari baka terbaik bukan mudah kerana tidak ramai yang menternak kambing baka berbanding untuk jualan sembelihan,” kata beliau yang pada mulanya hanya memperolehi dua ekor kambing Boer jantan dan 15 ekor betina. Jumlah berkenaan sememangnya amat kecil memandangkan saiz kandangnya yang boleh memuatkan sehingga 1,000 ekor kambing pada satu-satu masa. Bagaimanapun segala usahanya tidak siasia apabila bertemu dengan seorang pembekalyang mempunyai permit import kambing Boer dari Australia.

“Pada mulanya kami bercadang menternak kambing bagi tujuan jualan sembelihan tetapi memandangkan sukarnya penternak mendapatkan baka, kami berubah kepada penternak baka,” sampuk Faiz yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.

Kini Penaerat Sdn Bhd menternak kambing Boer baka tulen yang mempunyai sijil kelahiran, baka tulen Boer tanpa sijil kelahiran dan baka Boer kacukan yang diimport dari Australia. Kambing Boer baka tulen biasanya mempunyai sijil kelahiran bagi memastikan keturunan induknya selama beberapa generasi benar-benar tulen. Kebanyakan induk kambing Boer yang diimport dari Australia telah berjaya dibiakkan di ladang ternakan Penaerat Sdn Bhd.

Selain itu terdapat juga kambing baka lain seperti kacukan Jamnapari, kacukan Ettawa, Jawarando dan Ferrall. Membangunkan ladang ternakan kambing menggunakan modal sendiri memang banyak cabarannya. “Modal yang dikeluarkan oleh keluarga perlu digunakan dengan penuh berhemah memandangkan kos penjagaan haiwan ternakan yang semakin meningkat,” jelas Faiz.

Kos yang meningkat sehingga RM14,000 hingga RM15,000 sebulan menyebabkan Penaerat Sdn Bhd menggunakan pelbagai alternatif lain. Misalnya bagi menjimatkan kos, sebahagian besar kawasan ditanam dengan rumput Napier sebagai makanan ternakan.
“Kami juga telah memajak lima ekar tanah penduduk tempatan untuk ditanam dengan rumput Napier,” kata Faiz.

Selain itu empat orang pekerja Penaerat Sdn. Bhd juga ditugaskan memproses daun sawit yang terdapat di ladang berhampiran sebagai makanan kambing memandangkan sebanyak tiga tan rumput diperlukan sebagai makanan ternakan. Bermula dengan ternakan kambing secara insentif kini, Penaerat Sdn. Bhd berubah kepada semi insentif bagi membolehkan kambing bersenam dan menerima cahaya matahari.


Walaupun masih muda, Azizul Faiz Omar sudah boleh berbangga dengan usahanya menternak kambing.



Azizul Faiz Omar tidak kekok mengembala kambing walaupun bakal bergelar jurutera.



KEBANYAKAN induk kambing Boer telah berjaya membiak di ladang Penaerat Sdn. Bhd di Kuala Selangor, Selangor.



BERMULA dengan ternakan kambing secara intensif kini Penaerat Sdn. Bhd. berubah kepada semi insentif.

Friday, October 17, 2008

Penternakan Burung Layang2

Pengenalan

Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.

Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:

Superorder : ApomorphaeOrder : ApodiformesFamily : ApodidaeSub Family : ApodenaeTribes : CollacaliiniGenera : Collacalia

Species : CollacaliafuciphagaHasil dari peternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva).

Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi duni kesehatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.

Perladangan Burung Layang-Layang.

Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang.Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :-

Penutupan pintu dan tingkap
Pembinaan lubang pengudaraan
Penyediaan pintu masuk
Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu

Memasang sistem audio

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

Pembinaan Rumah Burung Layang-Layang

Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya.

Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan.

Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
Penyediaan beluti untuk burung bersarang
Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.

Pemasangan sistem audio

Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.

Pemasangan Sistem Audio

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan.

Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

Pemilihan Lokasi

Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:

Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut. Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat. Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging. Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat.

Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak.

Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walett.

MATERIAL SOKONGAN

Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang
Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Audio Cd
Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran

Player Mp3 dan Amplifier
Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.

Water Spry
Water spry perlu untuk menarik minat wallet.

Penyukat Suhu & Kelembapan
Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu dan kelembapan rumah burung.

Sarang Tiruan
Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang

Speaker Utama
Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam rumah baru. Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk.

Tweeter
Satu set mengandungi 10 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi.

MUSUH DAN CABARAN
Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.

Musuh dan Penyakit

Cadangan Atasi
Tikus - Tikus memakan telur, anak burung walit/swallow bahkan sarngnya. Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan kondisi rumah walet
· Cara pencegahan tikus dengan menutup semua lubang, tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus.

Burung Hantu dan Helang - Memakan burung layang-layang.

Tangkap dan pindahkan
Semut - Semut api dan semut gatal memakan anak walet dan mengganggu burung walet yang sedang bertelur.

Cara pemberantasan dengan memberi umpan agar semut-semut yang ada di luar sarang mengerumuninya. Setelah itu semut disiram dengan air panas.

Cicak dan TokekBinatang ini memakan telur dan sarang walet. Tokek dapat memakan anak burung walet. Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang ditimbulkan mengganggu ketenangan burung walet.ditutup.

· Cara pemberantasan dengan diusir, ditangkap sedangkan penanggulangan dengan membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang, tembok bagian luar dibuat licin dan dicat dan lubang-lubang yang tidak digunakan

PELABURAN DAN PULANGAN
Ini adalah anggaran modal berdasarkan bangunan baru dibina, berkeluasan 40′x60′ persegi setinggi 3 tingkat:

Harta TetapBangunan dan kelengkapan/material = RM 120,000
Modal Pusingan Setahun
Kos tenaga buroh = RM 12,000Eletrik dan air = RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 133,000
Anggaran Hasil Sarang burung (minima)
Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 6,000 = RM 3,000
Akhir tahun 2, 7 kg X RM 6,000 = RM 42,000
Akhir tahun 3, 14 kg X RM 6,000 = RM 84,000
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000
Akhir tahun 5, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000
Keuntungan Tahunan
Tahun 1, RM 3,000 - (RM 7,000 + RM 25,000) = (- ) RM 130,000
Tahun 2, RM 42,000 - (RM 7,000 + RM 29,000) = (-)RM 88,000
Tahun 3, RM 84,000 - RM 7,000 = (-)RM 4,000
Tahun 4, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 116,000
Tahun 5, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 120,000

*Dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya.

Tuaian Hasil
Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet / Swallow bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.ara buang telur iaitu setelah Walet / Swallow bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan.

Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet / Swallow terbang.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

Lintah Lubuk Duit

Daripada penghisap darah kepada lubuk duit. Mungkin itu ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan “transformasi” atau perubahan persepsi masyarakat negara ini kepada lintah.
Jika dulu lintah sering dijauhi kerana menghisap darah, kini ia bukan saja dicari malah diternak
Jika dulu lintah sering dijauhi dan ramai wanita geli geleman apabila melihatnya, kini spesies haiwan yang hidup melata di sawah serta paya itu bukan saja dicari, malah diternak untuk memudahkan lagi ia diperoleh.

Penternak lintah dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang, Norazlan Abdul Rahman, 37, berkata lintah kini menjadi ternakan komersial berikutan permintaan tinggi untuk ramuan kosmetik dan perubatan.

“Kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport ke luar negara yang dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan ini.

“Ada dua jenis lintah ternak, iaitu lintah perut hijau dan perut perang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran apabila kedua-duanya mampu mencecah harga antara RM40 hingga RM60 satu kilogram (kg) mengikut saiz,” katanya.

Norazlan berkata, lintah semakin mendapat tempat dalam amalan perubatan moden kerana cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar liurnya ketika haiwan itu menghisap darah didapati mampu menghalang darah daripada membeku, manakala histamin pada lintah mampu membesarkan pembuluh darah, sekali gus melancarkan peredaran darah dan oksigen.

Norazlan berkata, dia tertarik menceburi bidang ternakan lintah selepas mengetahui kelebihan dan nilai komersial haiwan itu melalui iklan kursus usahawan ternakan lintah yang disiarkan dalam akhbar.

“Bertitik-tolak dari situ, saya mengikuti kursus dua hari menjadi usahawan lintah di Kuala Lumpur yang dikendalikan syarikat berkenaan pada Februari lalu.

“Dalam kursus ini, peserta diberi pendedahan awal untuk mengusahakan ladang ternakan lintah, selain mengenal pasti masalah serta teknik penjagaan lintah,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Selesai kursus, Norazlan tanpa berfikir panjang melaburkan wang simpanannya kira-kira RM15,000 untuk membina empat kolam menternak lintah, membeli benih lintah dan menyediakan kelengkapan lain berkaitan bidang yang baru diceburinya.

Namun, Norazlan tidak bersendirian mengusahakan ternakan haiwan penghisap darah itu apabila dia mendapat bantuan rakannya, Mohd Zakaria Mahmud, 50, yang menyediakan tanah untuk kolam ternakan.

Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan kolam bersaiz 20 kaki lebar dan panjang 60 kaki.

Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik dan dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu bersembunyi.

“Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu menuainya yang mencapai tempoh matang ketika berusia empat bulan dan boleh mula bertelur.

“Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk,” katanya.

Menurut Norazlan, telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti tunggul kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun empat segi membentuk petak sebagai tempat mengumpul telur.

Bagi bekalan makanan haiwan ini yang menjadikan darah sebagai bahan makanan utama, Norazlan menyediakan kira-kira 30 hingga 40 kg belut untuk 100 kg lintah dan selepas makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa mendapatkan darah lagi.

“Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

“Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan permintaan tinggi, selain negara masih kekurangan pengusaha lintah. Tidak hairan harga benih lintah boleh mencecah sehingga RM300 satu kg,” katanya yang juga lulusan ijazah dalam Sains Kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selepas lebih lima bulan mengusahakan ternakan lintah, kini Norazlan boleh berpuas hati dengan hasilnya yang menunggu masa untuk dituai.

“Pada awal perancangan ternakan lintah, saya ingin mengeksportnya saja menerusi bantuan syarikat yang menganjurkan kursus berkenaan. Namun, kini saya mula meneroka peluang lebih luas apabila ingin menghasilkan sendiri minyak lintah.

“Penghasilan minyak ini dijalankan dengan kerjasama jabatan farmasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Saya menunggu waktu sesuai untuk mendaftar produk ini yang bermanfaat untuk sapuan pada tubuh bagi melancarkan peredaran darah,” katanya.

Norazlan berkata, mereka yang mengalami bengkak, salah urat atau sakit sendi disyor menggunakan minyak sapu itu kerana ia membantu memulihkan penyakit berkenaan.
Selesai kursus, Norazlan tanpa berfikir panjang melaburkan wang simpanannya kira-kira RM15,000 untuk membina empat kolam menternak lintah, membeli benih lintah dan menyediakan kelengkapan lain berkaitan bidang yang baru diceburinya.

Namun, Norazlan tidak bersendirian mengusahakan ternakan haiwan penghisap darah itu apabila dia mendapat bantuan rakannya, Mohd Zakaria Mahmud, 50, yang menyediakan tanah untuk kolam ternakan.

Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan kolam bersaiz 20 kaki lebar dan panjang 60 kaki.

Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik dan dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu bersembunyi.

“Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu menuainya yang mencapai tempoh matang ketika berusia empat bulan dan boleh mula bertelur.

“Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk,” katanya.

Menurut Norazlan, telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti tunggul kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun empat segi membentuk petak sebagai tempat mengumpul telur.

Bagi bekalan makanan haiwan ini yang menjadikan darah sebagai bahan makanan utama, Norazlan menyediakan kira-kira 30 hingga 40 kg belut untuk 100 kg lintah dan selepas makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa mendapatkan darah lagi.
“Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

“Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan permintaan tinggi, selain negara masih kekurangan pengusaha lintah. Tidak hairan harga benih lintah boleh mencecah sehingga RM300 satu kg,” katanya yang juga lulusan ijazah dalam Sains Kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selepas lebih lima bulan mengusahakan ternakan lintah, kini Norazlan boleh berpuas hati dengan hasilnya yang menunggu masa untuk dituai.

“Pada awal perancangan ternakan lintah, saya ingin mengeksportnya saja menerusi bantuan syarikat yang menganjurkan kursus berkenaan. Namun, kini saya mula meneroka peluang lebih luas apabila ingin menghasilkan sendiri minyak lintah.

“Penghasilan minyak ini dijalankan dengan kerjasama jabatan farmasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Saya menunggu waktu sesuai untuk mendaftar produk ini yang bermanfaat untuk sapuan pada tubuh bagi melancarkan peredaran darah,” katanya.

Norazlan berkata, mereka yang mengalami bengkak, salah urat atau sakit sendi disyor menggunakan minyak sapu itu kerana ia membantu memulihkan penyakit berkenaan.

Ternak Lintah Menguntungkan

SEBELUM ini, lintah sering diberi pandangan negatif ekoran tabiatnya yang menghisap darah sehingga wujud peribahasa ‘lintah darat’ bagi menggambarkan orang yang tidak berhati perut dan sering menindas orang lain.

Kini, persepsi terhadap lintah semakin berubah yang mana haiwan itu tidak lagi `digeruni’ malah dicari di merata tempat dan diternak kerana mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya.

Ia berikutan kajian menunjukkan haiwan itu boleh menjadi komponen penting dalam menghasilkan produk kecantikan, penjagaan kesihatan dan perubatan sekali gus memastikan lintah mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Menyedari faktor itu, Roziana Abu Hassan, 34, bersama suami, Mohd Jantan Abu Hassan, 36, dan ibunya, Rahidah Wahid, 50, sanggup mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM30,000 untuk mengusahakan ternakan lintah.

Mereka memulakan usaha itu kira-kira lima bulan lalu dengan membina enam kolam dengan setiap satunya berukuran 18 meter x 6 meter di Kampung Telok Mas, Selama, Perak.

Roziana berkata, beliau mengetahui mengenai potensi lintah untuk menjana pendapatan selepas terbaca di dalam akhbar mengenai kursus ternakan haiwan itu yang dianjurkan Art Soulist Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.

“Ketika mengikuti kursus itu, saya diberitahu bahawa setiap satu kolam yang boleh menghasilkan kira-kira 100 kilogram lintah, mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya RM6,000 bagi setiap tempoh pusingan pembiakannya selama empat bulan.

“Ia berdasarkan harga pembelian RM60 sekilogram yang ditawarkan syarikat berkenaan. Bagaimanapun, baru-baru ini ada pembeli dari Singapura yang berminat untuk membeli pada harga RM150 sekilogram sekali gus menunjukkan permintaannya yang tinggi di pasaran sekarang,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, lintah yang diternaknya itu dijangka sudah boleh dijual mulai bulan depan iaitu selepas enam bulan ia dibiakkan dalam enam kolamnya itu. Katanya, walaupun lintah sudah boleh dijual selepas empat bulan ia diternak, untuk peringkat permulaan ia memerlukan tempoh lebih panjang bagi membolehkan ‘induk’ atau ‘ibu’ lintah membiakkan lebih banyak benihnya untuk memastikan kitaran hidup haiwan itu dalam sesuatu kolam berterusan.

Beliau berkata, haiwan itu perlu dijual segera apabila sudah dewasa kerana jangka hayatnya adalah pendek iaitu antara tujuh hingga lapan bulan saja sebelum dia mati.

“Bagi memastikan penyelenggaraan yang baik dan kos operasi kolam berkenaan, saya juga membuat pinjaman bank sebanyak RM10,000,” katanya yang turut memiliki perniagaan pembungkusan sarung tangan menerusi syarikat miliknya bersama suami, Terap Jaya Enterprise.

Mereka yang berminat mendalami bidang penternakan lintah boleh menghubungi Roziana di talian 05-8394157

Panduan Ternakan Belangkas

Nilai tinggi dalam bidang perubatan dijangka mengubah nasib `belangkas’, haiwan yang sebelum ini hanya dijadikan umpan menangkap ketam oleh nelayan atau dibiarkan mati kekeringan jika tersangkut di jaring nelayan.

Mungkin kini ramai yang akan membuka mata dengan potensi belangkas apabila diberitahu darah biru haiwan itu mampu mencecah sehingga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat.

Dr Zaleha Kasim, ketua Program Sarjana Sains (Akuakultur) Struktur C, Institut Akuakultur Tropika (IAT) Universiti Malaysia Terengganu iaitu institusi yang bertanggungjawab mengkaji potensi belangkas untuk dikomersilkan, berpendapat tidak mustahil haiwan itu menjadi buruan di masa hadapan.

Lazimnya terdapat dua jenis belangkas di Malaysia. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan arthropod laut yang bentuk badannya mirip kepada `steel helmet’ tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem imun yang menakjubkan.

BERPOTENSI DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KOSMETIK

“Kajian masih di peringkat awal namun potensi haiwan itu dalam sektor perubatan dan kosmetik adalah tinggi,” katanya kepada Bernama.

Dr Zaleha berkata tidak ramai yang tahu belangkas sebenarnya haiwan yang boleh dimakan dan keenakan daging dan telurnya menjadi rahsia segelintir penduduk di beberapa kawasan sahaja.
“Di Kota Tinggi, Johor, belangkas menjadi hidangan istimewa sehingga ada restoran yang menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas.

“Tapi penduduk di sana beritahu, jangan heboh-heboh, takut nanti teruk Kota Tinggi `diserang’ mereka yang ingin menikmati keenakan belangkas,” katanya.

Daripada segi perubatan, katanya, darah belangkas mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin.

KIT ANTI TOKSIN

Jelasnya, kit anti-toksin umpamanya sudah dikembangkan dan digunakan di peringkat antarabangsa terutama di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Di Jepun, katanya, tabiat memakan ikan mentah rakyat negara itu menjadikan kit berkenaan amat penting.

“Biasanya, ikan yang baru didaratkan akan diuji dengan kit berkenaan bagi memastikan ia tidak mengandungi bakteria atau toksin dan selamat dimakan mentah-mentah.

“Kita juga sudah mampu mengeluarkan produk serupa untuk dipasarkan termasuk di peringkat antarabangsa, cuma bimbang bekalan belangkas tidak mencukupi jika ia dibuat secara besar-besaran. Daripada segi pasaran, ia memang luas ,” katanya.

Untuk mendapat satu liter darah belangkas memerlukan sekurang-kurangnya 115 ekor belangkas bersaiz kecil yang banyak diperolehi di perairan di Semenanjung dan 45 ekor bagi belangkas bersaiz besar yang biasanya terdapat di perairan Sabah.

DARAH DIAMBIL TANPA MEMBUNUH BELANGKAS

“Daripada seekor belangkas, kita hanya ambil sedikit sahaja darahnya tanpa membunuh haiwan itu. Proses itu hanya diulang tiga bulan sekali bagi mengelak kesan negatif pada haiwan berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, IAT kini menjalankan penyelidikan menyeluruh untuk mengenali dengan lebih dekat selain meneruskan kelangsungan spesis haiwan yang juga digelar fosil hidup berikutan rupanya yang seolah-oleh haiwan daripada zaman pra-sejarah.

Beliau berkata penyelidikan sejak 2004 di IAT memberi tumpuan untuk menghasilkan baka belangkas yang cepat membesar menggunakan kaedah bioteknologi.

Selain itu, IAT juga mengadakan kerjasama dengan saintis daripada India untuk mencipta ubat diabetis dan mencari penawar kanser daripada belangkas.

“Ia haiwan unik dan agak sensitif, sukar untuk hidup di lokasi lain selain habitat asalnya. Bagaimanapun, kita cuba cari kaedah yang sesuai untuk menternak belangkas dalam sangkar,” katanya.

PROGRAM PERINTIS TERNAK BELANGKAS DI PASIR PUTEH

Katanya buat permulaan, seramai 500 nelayan di Semerak, Pasir Puteh, akan dipilih untuk memelihara belangkas dalam sangkar dengan setiap peserta dibekalkan 500 ekor belangkas.
Proses memelihara belangkas oleh nelayan itu akan dibantu kira-kira 10 penyelidik terdiri daripada penuntut sarjana dan doktor falsafah UMT.

Penternak terlibat dalam industri ini dijangka menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM1,200 setiap musim penuaian, katanya.

“Ia sudah tentu memberi pendapatan sampingan yang lumayan kepada nelayan selain membantu pemuliharaan belangkas,” katanya.

Berikutan itu, katanya, potensi besar belangkas perlu dieksploitasi sepenuhnya untuk kepentingan bidang perubatan dan juga memberi manfaat kepada penduduk tempatan sendiri.
Insititusi itu juga telah memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan.

Thursday, October 16, 2008

Projek Ikan Sangkar Jana Pendapatan RM3,000 Sebulan

Projek Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir yang terbesar di negara ini dijangka mampu membawa transformasi besar industri pertanian negara termasuk menjana pulangan pendapatan melebihi RM3,000 sebulan kepada peserta.

Projek meliputi kawasan seluas 2,800 hektar dengan peruntukan RM50 juta adalah antara 39 Projek Berimpak Besar Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA) di seluruh negara.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata projek itu mampu meningkatkan pendapatan peserta dari kalangan nelayan, golongan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan juga siswazah.

“Kita mengganggap projek ini mampu menambah nilai dan perusahaan komersial yang besar serta menghasilkan pendapatan tambahan kepada peserta termasuk siswazah.

“Kalau mereka (siswazah) melihat kawan mereka mendapat kejayaan dalam projek ini, mereka pasti akan berminat dan turut melibatkan diri,”katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek ikan air tawar dalam sangkar di sungai Como, Tasik kenyir, Hulu Terengganu, hari ini (30 Januari).

Sebelum itu, beliau berucap dan melancarkan Projek HIP-ZIA, di Sekolah Kebangsaan Tapah, Sungai Como, Tasik Kenyir dan menyerahkan sijil projek kepada ketua blok (siswazah) serta menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman Pemasaran antara Kerajaan Negeri dan Syarikat Swasta.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh; Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Effendi Norwawi dan Dato’ Dr Abdullah Md Zin.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta pihak swasta mengambil peranan dalam menyokong projek itu terutama dari segi pengeksportan ikan ke negara luar.

“Mudah-mudahan rakyat Terengganu dapat melihat perubahan besar yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional yang memberi peluang baik kepada nelayan yang juga kumpulan miskin.
“Rezeki mereka (nelayan) di laut kadang-kadang banyak dan kadang-kadang tiada dan diharap projek ini dapat meningkatkan pendapatan mereka,”katanya.

Projek ZIA di Sungai Como, Tasik Kenyir, melibatkan 240 peserta dari kalangan siswazah, nelayan dan golongan PPRT yang mengendalikan ternakan ikan dalam 6,000 sangkar.
Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Asas Tani mensasarkan jumlah pengeluaran sebanyak 662,000 metrik tan menjelang 2010 daripada projek HIP-ZIA.

Malah, projek yang meliputi kawasan 36,905 hektar seluruh negara dengan penglibatan 22,084 peserta dijangka mampu memperoleh hasil sehingga 6.3 billion pada 2010.

Wednesday, October 15, 2008

Panduan Penanaman Jagung


- Pilih kawasan yang berhampiran dengan sumber air dan juga mudah dibuang air jika hujan berlebihan.

- Kawasan janganlah berhampiran dengan makhluk perosak seperti kera, lotong atau beruk yang sukar untuk dikawal. Jika lembu atau kambing boleh dipagar.

- Jangan pilih kawasan yang bertanah liat atau berbatu. Seelok-eloknya tanah bukit atau kebun atau sawah terbiar atau sawah yang ditanam padi semusim sekali.

- Berhanpiran dengan jalan bagi memudahkan untuk mengangkut keluar jagung.


Pemilihan Benih


- Jenis jagung yang hendak ditanam mestilah mendapat permintaan di pasaran. Antara jenis yang popular ditanam ialah:

a. jagung manis (mas madu),

b. jagung taiwán (permintaan paling tinggi) – perlu racun selalu sebab ulat pun suka hinggakan batang pun dimakan ulan sebab rasanya sangay manis,

c. jagung korea – kini ditanam oleh kebanyakan petani. Bijinya kecil sedikit berbanding jagung lain.

d. Jagung hybrid 338 – benih yang terbaru dan dikatakan tongkolnya lebih besar dan panjang sehasta (dari siku ke hujung jari).


Bantuan Jabatan Pertanian


- Sebaiknya berurusanlah dengan Jabatan Pertanian untuk mendapat khidmat nasihat dan juga bantuan seperti baja, racun dan juga pembajakan (jika ada).

- Ataupun cuba cari pihak yang boleh memberi kredit dan membayar apabila hasil sudah dapat dijual. Misalnya kedai yang boleh memberi baja, racun, dan juga vitamin secara kredit.


Anggaran pulangan dan kos bagi kawasan seluas 1 ekar (1 relong setengah).


Sebelum nak menceburi dalam bidang tanaman jagung pastinya perlu tahu secara kasar kos dan juga pulangan. Sebagai contoh diberikan kos dan pulangan bagi tanaman jagung seluas satu ekar ( 1 relong setengah).

Bagi kawasan seluas satu ekar boleh ditanam sebanyak 16 ribu pokok jagung dengan anggaran pengeluaran jagung Gred A sebanyak 10 ribu tongkol (purata 35sen setongkol), Gred B sebanyak 5 ribu tongkol (20sen setongkol) dan selebihnya gred C. Jadi, anggaran kasar pendapatan ialah = RM4,500 untuk semusim iaitu dalam masa 2 bulan setengah (65 – 70 hari).

Jagung Gred A = 10 ribu tongkol x harga borong (35sen) = RM3,500

Jagung Gred B = 5 ribu tongkol x harga borong (20sen) = RM1,000

Jagung Gred C = 1 ribu tongkol – tiada harga

Jumlah = RM4,500

Kos yang terlibat ialah:

Benih 3 beg x RM50 = RM150

Traktor = RM100 (membajak dan buat batas)

Baja = RM250 (baja campuran, tahi ayam, baja garam, vitamin)

Racun = RM150 (racun rumput, racun ulat)

Sewa tanah (jika ada) = RM150 (seekar)

Kos buruh = RM200 (jika perlu)

Jumlah kos = RM1,000

Ini adalah kiraan kasar sahaja sekiranya kos sewa tanah, kos buruh dan baja dapat dijimatkan maka kos akan berkurangan. Sekiranya hujan berkurangan mungkin perlu pam air dan ini akan meningkatkan kos juga.


Pendapatan untuk semusim ialah: Pendapatan Kasar - Kos


Pendapatan Kasar = RM4,500

Kos = RM1,000


Pendapatan Bersih = RM3,500


Dalam setahun jika dibahagikan kepada setiap 3 bulan maka boleh ditanam jagung 4 kali/musim. Ertinya pendapatan bersih setahun ialah 4musim x RM3,500 = RM15,000. Terdapat lagi pendapatan sampingan iaitu memproses batang jagung menjadi makanan lembu/kambing (silaj). Akan dibincangkan kemudian.

Pada musim kedua kos traktor dapat dijimatkan kerana tidak perlu dibajak. Ini adalah kerana batas yang sedia ada masih boleh digunakan.


Proses Kerja

- Terangkan kawasan dan racun rumput jika perlu.

- Membajak dan juga membuat batas menggunakan traktor.

- Menyemai benih jagung di dalam tray.


Ini adalah contoh tray yang digunakan untuk menyemai benih jagung ataupun apa-apa tanaman yang sesuai.


Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.


Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.

Gunakan tanah hitam untuk semaian. Lepas disemai jangan disiram sebaliknya tutup dengan plastik atau tikar untuk 2 malam ditempat yang berbumbung bagi mengelak terkena hujan. Boleh ditindan antara try. Lepas dua hari pindahkan ke kawasan lapang dan tidak berbumbung serta siram sedikit sahaja.

Anak jagung akan mula tumbuh pada hari ke tiga, siram setiap hari.

Apabila anak jagung berusia 5 hari, perlu racun rumput di batas yang telah dibuat supaya bila jagung dipindahkan ke batas, rumput sudah tiada.

Bila anak jagung berusia 8 – 10 hari pindahkan ke batas tanaman.


Batas Jagung


- Lebar batas jagung lebih kurang 3 kaki dan ditanam 2 baris dalam satu batas. Jarak antara baris ialah 1 kaki dan jarak antara pokok dalam barisan ialah 18 – 20 inci. Jarak antara pokok dengan tepi batas lebih kurang 6 inci. Lihat pada ilustrasi gambar di bawah.


Pembajaan awalan.


Selepas seminggu anak jagung ditanam dibatas, perlu diberi baja awalan – iaitu kita meletak beberapa biji baja ditepi perdu pokok jagung. Pastikan baja tersebut tidak kena batang jagung kerana ia akan reput. Caranya buat lubang sedikit ditepi pokok jagung dan masukkan baja ke dalam lubang tersebut.


Pembajaan seterusnya


1 – 2 minggu selepas pembajaan awalan dan menampakkan pokok jagung sudah menghijau dan ketinggiannya hamper satu kaki maka kita perlu berikan baja tambahan.

Kebiasaan yang dilakukan ialah campuran baja tahi ayam yang diproses, baja campuran NPK (jika ada baja padi lagi bagus), dan baja garam. Semua baja itu digaulkan dan diletakkan dalam lubang ditengah-tengah pokok.

Korek lubang ditengah-tengah empat pokok (lihat kotak berwarna hijau dalam gambar di atas. Kemudian masukkan 1 – 2 genggam baja ke dalam lubang kemudian timbus.

Selepas selesai bubuh baja, pokok jagung perlu ditimbus perdunya untuk menguatkan sokongan pokok supaya tidak tumbang ditiup angin. Tanah ditepi batas dicangkul dan diletakkan ditepi perlu pokok.

Apabila pokok sudah berusia sebulan, baja tambahan mungkin perlu diberikan seperti baja urea ataupun baja garam.

Sekiranya pokok berkeadaan subur dan tembun maka baja tambahan tidak perlu diberikan.

Pastikan kawasan jagung tidak ditakungi air kerana ini akan menyebabkan pokok terbantut pertumbuhannya dan menjadi kuning.

Sekiranya kekurangan air (musim panas) dan sukar untuk mendapat air maka perlu berusaha untuk dapatkan air. Sekurang-kurangnya jangan sampai daun bergulung (maksudnya sudah kekeringan air). Jika ini berlaku akan menyebabkan pertumbuhan terbantut.

Baja vitamin (cecair) boleh juga disembur pada pokok jika didapati pokok kurang baja atau sekadar nak tambah kesuburan.

Jika tanam jagung jenis korea - pokok akan mengeluarkan tunas di bahagian perdu dan itu tandanya pokok dalam keadaan subur. Tunas tersebut perlu dibuangkan. Jika ada bela lembu boleh berikan tunas itu kepada lembu.


Meracun


Meracun hanya perlu dilakukan sekiranya terdapatnya ulat yang memakan daun atau pucuk jagung. Mungkin seminggu sekali perlu meracun dan ianya bergantung kepada tahap serangan ulat.

Penjagaan tongkol jagung

Apabila umur jagung sudah mamasuki 50 hari ke atas, pucuk jagung akan menjadi bulat tandanya bunga jagung akan keluar. Selepas bunga jagung kembang maka putik jagung juga akan mula mengembang dan menghulur keluar rerambut jagung.

Pada peringkat ini peracuñan adalah diperlukan untuk memastikan serangga menyengat dan juga bertelur pada putik jagung. Ini adalah untuk memastikan putik jagung tidak dimakan ulat apabila jagung mula berisi.

Dalam sepokok akan terdapat dua tongkol jagung dan kebiasaannya putik jagung yang kedua dibuangkan kerana ia tidak berisi dan juga memberi kesan kepada pembesaran jagung pertama. Jagung kedua ini boleh dijual sebagai jagung sayur. Terdapat juga penanam jagung menyimpan kedua-dua tongkol tersebut.


Menuai hasil


Penuaian jagung bergantung kepada jenis jagung yang ditanam. Apabila rerambut jagung sudah murah kehitaman atau gugur terus bererti jagung sudah boleh dituai. Boleh juga jika koyak sedikit kulit jagung untuk lihat isinya di mana jika sudah berwarna kuning pekat bererti ia sudah boleh dituai.

Jagung manis biasa – tempoh matang ialah sekitar 70 hari, jagung korea antara 65-70 hari.


Pemasaran


Jual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan jagung dapat dipasarkan dengan segera maka seelok-eloknya perlu dicari pasaran terlebih awal sebelum jagung dapat dituai. Kadang-kadang terdapat pemborong yang bersetuju untuk membeli tetapi apabila tiba masa menuai ia tidak mahu membelinya pula. Jadi eloklah jika mempunyai ramai pemborong bagi memastikan tiada risiko tidak ada pembeli.


Penjagaan pokok jagung tidaklah begitu rumit dan yang pastinya tanah mestilah sesuai dan subur. Hanya pada peringkat sebulan yang pertama sahaja terdapat banyak kerja sedikit iaitu menanam, membaja, mengembur dan menimbun. Selepas selesai proses menimbun maka hanya meracun sahaja.

Panduan Penanaman Cili


Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.

Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.


  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.

  • Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.

  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.

  • Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.

  • Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.

  • Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 - 15 kilogram sepokok.


Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas, panduan berikut boleh diikuti.

  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 meter lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.


PENYEDIAAN ANAK BENIH


Semaian anak benih cili



  • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir.

  • Semai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutp benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok.

  • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.

  • Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.

  • Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai .

  • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.


MENANAM

  • Anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas.

  • sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudia, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.

  • Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris.

PENJAGAAN

  • Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu.

  • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

  • Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak.

TUAIAN HASIL


Tuaian hasil cili merah


  • Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari.

  • Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.