Sunday, October 19, 2008

Penternak muda usahakan kambing boer

WALAUPUN masih menuntut di salah sebuah kolej swasta di Subang Jaya, Selangor dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Azizul Faiz Omar, 22, nyata tidak kekok mengembala kambing. Biasanya selepas habis kuliah, anak muda yang lebih mesra dengan panggilan Faiz akan terus ke ladang ternakan keluarganya yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Walaupun sibuk di tahun akhir pengajian, anak sulung daripada empat beradik ini masih ke ladang ternakan dan menghabiskan segala tugasannya di sana. Bagi memudahkan operasi ladang ternakannya, Faiz banyak dibantu oleh bapa saudaranya, Raja Badaruddin Raja Baharuddin.

Ditanya bagaimana minatnya berputik terhadap ternakan kambing, Faiz menjawab dengan jujur, “Pada mulanya saya tidaklah berminat sangat tetapi atas saranan ayah agar saya membantu pakcik.

“Tapi lama-kelamaan, saya semakin teruja dengan ternakan kambing dan saya terfikir apa salahnya saya mencuba.” Minat Faiz terhadap kambing tidak disia-siakan d a n kini anak muda ini telah faham selok-belok dalam pemeliharaan kambing.

Menurut Raja Badaruddin, kehadiran Faiz di ladang ternakan sememangnya banyak membantu dalam bidang pentadbiran. “Lagipun ibu dan ayahnya tidak perlu risau anaknya melepak tidak tentu arah kerana Faiz akan berada di sini bersama-sama saya,” katanya.

Malah Raja Badaruddin, dia pernah membawa Faiz ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut ketibaan kambing Boer seawal pukul tiga atau empat pagi dari luar negara. Katanya, tugasan berkenaan merupakan pelajaran penting sebelum Faiz boleh mengendalikan ladang berkenaan sendirian. “Faiz perlu tahu segalanya mengenai ternakan
kambing sebelum boleh menguruskan semula,” katanya.

Ladang ternakan keluarga di bawah pengurusan Penaerat Sdn. Bhd. bermula sebagai ladang ternakan ayam secara kontrak dengan dua buah syarikat besar. “Kami bermula dengan membeli tanah seluas empat hektar (10 ekar) pada tahun 1994 dan menjalankan penternakan ayam
daging secara penternakan kontrak pada tahun 1995.

“Ternakan dijalankan dengan beberapa buah syarikat dalam tempoh masa 10 tahun
sebelum dihentikan operasinya,” kata Raja Badaruddin yang juga Pengarah Urusan Penaerat Sdn Bhd.
Bagaimanapun harga ayam yang turun naik menyebabkan Penaerat Sdn. Bhd. menukar perniagaannya kepada ternakan ruminan iaitu kambing. Pada Februari 2005, kandang ayam diubahsuai sebanyak tiga kali sebelum menjadi dua buah kandang ternakan kambing seluas 30 x 600 kaki dan 30 x 300 kaki. Sebelum mula mengubahsuai kandang, Raja Badaruddin meninjau beberapa ladang ternakan bagi mendapatkan idea terbaik untuk mengubahsuai kandangnya. Bagaimanapun selepas kandang siap,masalah timbul apabila Raja Badaruddin sukar mencari baka terbaik untuk memulakan ladang ternakan kambing pada 2005.

“Mencari baka terbaik bukan mudah kerana tidak ramai yang menternak kambing baka berbanding untuk jualan sembelihan,” kata beliau yang pada mulanya hanya memperolehi dua ekor kambing Boer jantan dan 15 ekor betina. Jumlah berkenaan sememangnya amat kecil memandangkan saiz kandangnya yang boleh memuatkan sehingga 1,000 ekor kambing pada satu-satu masa. Bagaimanapun segala usahanya tidak siasia apabila bertemu dengan seorang pembekalyang mempunyai permit import kambing Boer dari Australia.

“Pada mulanya kami bercadang menternak kambing bagi tujuan jualan sembelihan tetapi memandangkan sukarnya penternak mendapatkan baka, kami berubah kepada penternak baka,” sampuk Faiz yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.

Kini Penaerat Sdn Bhd menternak kambing Boer baka tulen yang mempunyai sijil kelahiran, baka tulen Boer tanpa sijil kelahiran dan baka Boer kacukan yang diimport dari Australia. Kambing Boer baka tulen biasanya mempunyai sijil kelahiran bagi memastikan keturunan induknya selama beberapa generasi benar-benar tulen. Kebanyakan induk kambing Boer yang diimport dari Australia telah berjaya dibiakkan di ladang ternakan Penaerat Sdn Bhd.

Selain itu terdapat juga kambing baka lain seperti kacukan Jamnapari, kacukan Ettawa, Jawarando dan Ferrall. Membangunkan ladang ternakan kambing menggunakan modal sendiri memang banyak cabarannya. “Modal yang dikeluarkan oleh keluarga perlu digunakan dengan penuh berhemah memandangkan kos penjagaan haiwan ternakan yang semakin meningkat,” jelas Faiz.

Kos yang meningkat sehingga RM14,000 hingga RM15,000 sebulan menyebabkan Penaerat Sdn Bhd menggunakan pelbagai alternatif lain. Misalnya bagi menjimatkan kos, sebahagian besar kawasan ditanam dengan rumput Napier sebagai makanan ternakan.
“Kami juga telah memajak lima ekar tanah penduduk tempatan untuk ditanam dengan rumput Napier,” kata Faiz.

Selain itu empat orang pekerja Penaerat Sdn. Bhd juga ditugaskan memproses daun sawit yang terdapat di ladang berhampiran sebagai makanan kambing memandangkan sebanyak tiga tan rumput diperlukan sebagai makanan ternakan. Bermula dengan ternakan kambing secara insentif kini, Penaerat Sdn. Bhd berubah kepada semi insentif bagi membolehkan kambing bersenam dan menerima cahaya matahari.


Walaupun masih muda, Azizul Faiz Omar sudah boleh berbangga dengan usahanya menternak kambing.



Azizul Faiz Omar tidak kekok mengembala kambing walaupun bakal bergelar jurutera.



KEBANYAKAN induk kambing Boer telah berjaya membiak di ladang Penaerat Sdn. Bhd di Kuala Selangor, Selangor.



BERMULA dengan ternakan kambing secara intensif kini Penaerat Sdn. Bhd. berubah kepada semi insentif.

1 comment:

Unknown said...

Amanda Firma Pinjaman adalah satu-satunya pemberi pinjaman benar talian kerana saya mendapat pinjaman saya daripada mereka.
Saya mahu menggunakan peluang ini untuk memperingatkan semua orang di sini untuk berhati-hati semua pemberi pinjaman pinjaman yang menimbulkan untuk menjadi nyata. Mereka semua penipuan dan palsu dan niat mereka adalah untuk merobek anda wang keras anda lakukan.
Selepas saya bertemu dengan terma dan syarat syarikat, pinjaman saya diluluskan dan saya terkejut besar, ia telah dipindahkan ke dalam akaun bank saya dalam masa kurang daripada 24 jam.
Anda boleh menghubungi Puan Amanda melalui e-mel beliau amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com dan anda juga boleh hubungi saya di e-mel saya rasheedamuhammad10@gmail.com
Saya mahu anda mendapat faedah daripada tawaran pinjaman beliau