Wednesday, August 29, 2007

Projek Penanaman Buah Naga

PENGENALAN

Buah naga adalah buah yang di tanam secara organik dan tiada penggunaan racun serangga dan racun rumput.

Kandungan Albumin, anthocyanin, vitamin C serta fibre penyerap air adalah amat tinggi berbanding buahan lain.

Kandungan albumin boleh membuang ‘heavy metal’ dalam badan.

Kandungan albumin yang terdapat pada bunga dan batang (stem) adalah lebih tinggi berbanding pada buah.

Kandungan anthocyanin iaitu sejenis iaitu sejenis anti-oxidant adalah amat tinggi dalam buah ini.

Ia boleh berada dalam badan lebih dari 70-75 jam dan darah akan membawa anthocyanin ke seluruh tubuh untuk menjana anti-oxidant yang melambatkan penuaan tubuh badan manusia.

Kesan anti-oxidant yang terdapat pada buah ini adalah 10 kali ganda karotin. Vitamin C adalah terdapat pada buah, bunga dan batang (stem) dan ianya berkhasiat untuk mencantikkan dan memutihkan kulit.

Buah pitaya mengandungi fibre penyerap air yang tinggi yang mana ianya boleh mengurangkan berat badan.

Fibre penyerap air ini juga boleh mengurangkan penyerapan gula dalam darah pada usus kecil.

Oleh yang demikian ianya adalah di syorkan serta sesuai kepada penghidap penyakit kencing manis.

Tambahan pula fibre penyerap air berupaya mempertingkatkan pergerakan usus untuk mengalirkan keluar najis daripada badan.

Ini akan mengurangkan tempoh kehadiran toksik (yang terdapat dalam najis) berada dalam usus besar.

Oleh yang demikian, ianya dapat mencegah kejadian kanser pada usus besar.

Buah naga ini juga amat berkhasiat dalam mencegah sembelit, meningkatkan penglihatan dan menambahkan kepadatan tulang.

Selain itu ia juga dapat mencegah anemia, melawan neuritis dan angular stomatitis