Friday, November 14, 2008
Industri tempatan herba dijangka tumbuh 8-15% setahun
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Nilai pasaran industri herba di Malaysia dijangka mencecah hampir RM10 bilion pada tahun ini, yang kemungkinan berkembang dari 8.0 hingga 15 peratus setahun berasaskan penerimaan yang kian meningkat terhadap perubatan semula jadi.Ketika kemelesetan ekonomi, perubatan herba menjadi perubatan alternatif yang diterima pengguna disebabkan kos yang lebih rendah berbanding dengan perubatan moden, kata Pengerusi dan Pengasas Majlis Forum Ekonomi Global Bio-Herba Datuk Yeat Sew Chuong.
Sambil menyatakan industri herba sebagai industri anti krisis, Yeat berkata industri itu kian berkembang kukuh sejak beberapa tahun lepas, daripada kira-kira RM7 bilion pada 2006 kepada RM9 bilion pada tahun lepas.Beliau berkata demikian kepada pemberita hari ini sempena Forum Ekonomi global Bio-Herba Kedua di sini esok.
Forum tiga hari itu akan dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.Forum yang dijangka menarik penyertaan 3,000 peserta tempatan dan dari seberang laut itu akan membentangkan pelbagai tajuk dan isu mengenai industri bio-herba serta sesi jaringan perniagan.
Forum itu akan menjadi platform bagi peserta industri itu untuk meluaskan jaringan masing-masing, bertukar-tukar idea dan mempamerkan produk kesihatan terbaru dari China, Amerika Syarikat, Filipina, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam.Bagi menyokong pertumbuhan industri herba tempatan, Yeat berkata usaha diperlukan pada masa ini untuk merangsang pengusaha tempatan meraih potensi besar industri itu.
Katanya kerajaan perlu turut mengenal pasti industri itu serta bidang yang berpotensi untuk dibangunkan bagi membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana industri herba global diunjurkan bernilai AS$5 trilion menjelang 2050 daripada AS$200 bilion sekarang ini.
"Kebanyakan PKS tempatan terbabit dalam aktiviti nilai tambah yang rendah seperti pemprosesan bahan tumbuhan kering bagi menghasilkan serbuk dan fermentasi bagi pengeluaran tonik perubatan," kata Yeat."
Bagi membolehkan mereka meluaskan pasaran, mereka perlu meningkatkan rantaian nilai dengan menambah baik pengeluaran masing-masing ke paras teknologi lebih tinggi," katanya, sambil menyatakan kini terdapat lebih 1,000 syarikat tempatan yang terbabit dalam industri itu.Disebabkan kekurangan bukti saintifik dan penyelidikan mengenai keselamatan, keberkesanan dan penyeragaman produk herba, industri tempatan di negara-negara Asean kehilangan agihan industri itu yang bernilai AS$200 bilion.
Di pasaran global, Yeat berkata Jerman mendahulu dengan 28 peratus agihan pasaran manakala Asean mencatatkan 18 peratus dan Jepun menguasai kira-kira 13 peratus.Walau pun penggunaannya merupakan sesuatu yang biasa di Asia, katanya kadar penerimaan di rantau ini rendah, iaitu sebanyak 8.0 peratus sahaja daripada penduduk Asia berbanding dengan sehingga 20 peratus di sesetengah negara Barat.
Menurutnya, kadar penerimaan yang lebih tinggi itu disebabkan ramai penduduknya menyedari pentingnya perubatan semula jadi bagi mengekalkan kesihatan masing-masing serta tahap tinggi penyelidikan dan pembangunan, keselamatan dan penjenamaan yang terlibat dalam produk herba.
Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan produk herba semula jadi, katanya para peserta industri digalakkan mengguna pakai prinsip amalan pertanian yang baik, amalan pengilangan yang baik dan amalan makmal yang baik.Yeat, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif INS Bioscience Bhd yang mengeluarkan makanan tambahan kesihatan herba di bawah jenama Easy Pha-max, berkata Malaysia berpeluang mengeluarkan produk herba halal.
"Malaysia mempunyai sumber herba yang besar dan dengan itu mempunyai peluang yang cerah untuk mmebekalkan kepada 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia.-- BERNAMA

Thursday, November 13, 2008
Siswazah tekad ternak landak
Menternak landak? Biar betul? Mungkin itu adalah respons yang akan diberikan oleh orang ramai sambil mengerut dahi jika kita memberitahu mereka yang kita telah melibatkan diri dalam ternakan landak.
Ketika ramai yang memilih menternak haiwan yang menjadi makanan pilihan orang atau sajian harian seperti ayam, lembu atau kambing, menjadikan landak sebagai komoditi ternakan, sememangnya mengundang persoalan.
Apatah lagi, landak merupakan haiwan eksotik dan dilindungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan adakah menternaknya juga merupakan satu kesalahan?
Sebenarnya, walaupun landak bukan merupakan makanan popular tetapi harga makanan berasaskan haiwan itu seperti sup dan daging segarnya agak mahal.
Dilaporkan bahawa semangkuk sup daging landak mampu mencecah RM10 dan pasaran daging segarnya mencecah RM60 sekilogram.
Pernah seseorang memberitahu yang daging landak manis dan lembut, kadangkala rasanya seperti daging arnab.
Namun, itu pendapat mereka yang pernah menikmati daging landak tetapi bagi yang cerewet kepada makanan, barangkali tanggapan daging landak sedap sukar dipercayai.
Masalah lain ialah berkaitan satu mitos yang mengatakan bahawa duri landak akan dilepaskan ke arah mana-mana objek yang mengancamnya sedangkan tidak ada bukti ia benar-benar pernah berlaku.
Ia hanya mengembangkan durinya yang dikatakan berjumlah 30,000 pada setiap ekor apabila terancam dengan menadah bahagian belakang apabila diancam.
Selain itu, dengan mengetahui bahawa landak atau nama saintifiknya Hystrix bracyura adalah haiwan yang tergolong dalam keluarga tikus, mungkin ramai yang tidak sanggup mendekati haiwan ini apatah lagi menternaknya.
Bagi sesetengah orang, itu semua tidak menjadi masalah kerana ternakan landak adalah dibolehkan dan daging landak juga tidak diharamkan oleh agama.
Namun landak, yang mempunyai banyak jenis namun spesies yang popular ialah landak raya dikatakan sukar untuk melahirkan anak kerana mempunyai masalah pembiakan.
Biasanya seekor landak betina jenis landak raya beranak lima kali dalam tempoh dua tahun dengan jumlah antara seekor atau dua ekor sekali beranak.
Dengan sifat pembiakan yang demikian dan minat orang ramai yang masih rendah, maka ia dijadikan sebagai satu cabaran kepada sebuah syarikat penternakan bumiputera untuk mencuba projek ternakan tersebut.
Tujuh siswazah
Syarikat terbabit, Bahtera Ternak yang sudah memulakan ternakan landak awal tahun ini dianggotai tujuh siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), bertekad mempopularkan ternakan landak sebagai industri baru dan hidangan berkhasiat pada masa akan datang.
Mereka memperoleh permit daripada Perhilitan pada November tahun lalu selepas membentangkan kertas kerja cadangan menternak landak.
Mereka berpendapat mampu mengharungi cabaran memajukan projek penternakan landak tersebut dengan bantuan Perhilitan kerana mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan.
Dengan modal awal sebanyak RM120,000, mereka yang berkelulusan dalam pelbagai bidang termasuk arkitek, pertanian menaruh azam yang kuat untuk menjayakan projek tersebut.
Dengan segenggam tekad, mereka membuka kawasan ternakan seluas 0.8 hektar (dua ekar) di Kampung Kapal, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Kawasan tersebut dibangunkan dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian untuk menjalankan projek ternakan termasuk membina tujuh unit rumah pekerja, dua unit paddock, dan kandang untuk menempatkan 66 ekor landak.
Menurut Pengerusi Bahtera Ternak, Rathuan Md. Som, meskipun kesemua rakan kongsi mempunyai pekerjaan tetap, mereka komited dan sepakat untuk menjadikan projek ternakan landak tersebut berdaya maju.
“Ia berdasarkan ternakan ini belum diterokai sepenuhnya dan setakat ini hanya ada tiga atau penternak yang melibatkan diri.
“Berdasarkan kajian kami dan bantuan Perhilitan, daging landak mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi,’’ ujarnya.
Harga daging landak menjadi tinggi kerana ia dikatakan mendapat tempat di pasaran Hong Kong, China, Singapura dan Thailand.
Berdasarkan faktor-faktor tersebut, pihaknya yakin ia mempunyai prospek cerah untuk dimajukan.
Tambahan pula pengurusan ternakan landak tidak terlalu rumit.
“Landak makan pisang, ubi kayu, buah kelapa sawit, sayur, rumput serta hampas kacang soya.
“Kami juga beri makan pelet sekali sekala,’’ katanya sambil menambah ternakan diberi makan dua kali sehari.
Landak, kata beliau, diberi makan makanan semula jadi tanpa campuran kimia bagi mengekalkan kualiti dagingnya.
Beliau berkata, projek ternakan yang sedang dijalankan sekarang menunjukkan perkembangan positif dengan bantuan pegawai Perhilitan.
Perlu lesen
Menceritakan lanjut bagaimana hasrat menternak itu bermula, Rathuan berkata, pihaknya perlu terlebih dahulu memohon lesen daripada Perhilitan untuk menangkap landak pada kadar yang ditetapkan untuk dijadikan baka.
Landak mempunyai tabiat aktif pada waktu malam, makan yang kerap dan aktif mengawan. Seekor landak mampu melahirkan anak antara dua dan tiga ekor sekali beranak.
Landak diternak dengan menggunakan sangkar dinding konkrit dan bahagian depannya besi jeriji dengan setiap sangkar boleh diletakkan seekor atau dua ekor (sepasang).
Sementara itu menurut Pengarah Bahtera Ternak, Nurul Azam Haron, mereka yakin jika industri ternakan landak berjaya dilaksanakan, maka daging landak akan lebih popular.
“Kami akan memasarkan daging landak ini sekiranya ternakan mencapai lebih 100 ekor dan menyasarkan jumlah sehingga 1,000 ekor dalam jangka panjang,’’ ujarnya.
Menurut Rathuan pula, kawasan tersebut juga akan dimanfaatkan untuk ternakan kambing pada masa akan datang bermula dengan jumlah yang kecil.
Menurutnya, penglibatan mereka dalam bidang ternakan bertujuan mahu menyumbang kepada perkembangan industri yang sihat dan sebagai sumber makanan.
Syarikat tersebut boleh dihubungi di talian 012-2132401.

Ternak landak elak kepupusan
Meskipun landak raya dikategorikan sebagai haiwan buruan seperti pelanduk, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyokong usaha menternak haiwan tersebut untuk meningkatkan populasinya.
Mereka yang berminat untuk berjinak-jinak dengan ternakan komersial itu bagaimanapun perlu mendapatkan permit khas dari Perhilitan yang terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu.
Sebagai contoh landak raya yang ingin diternak merupakan spesies dilindungi yang mana permit khas seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 51(d) Akta Perlindungan Hidupan Liar (Akta 1972/76) yang memerlukan kelulusan menteri.
Antara kandungan akta tersebut ialah ‘Walau apa pun yang terkandung dalam akta ini, menteri boleh memberi tidak lebih daripada satu permit khas kepada pemohon untuk menangkap, mengurung membiakkan, menyimpan, mengimport atau mengeksport mana-mana binatang buruan atau mana-mana burung buruan atau sebahagian daripadanya.’
Menurut Pengarah Bahagian Ex-Situ Perhilitan, Khairiah Mohd Shariff, pihaknya mendapati ramai yang berminat untuk menternak landak dan beberapa kelulusan telah diberi.
“Bagaimanapun ada sesetengahnya belum dapat memulakan projek mungkin ada sebab tertentu.
“Kita dapati antara masalahnya ialah kesukaran mendapat baka kerana ia jenis liar,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Justeru, katanya, mereka diperlukan mendapatkan permit tersebut terutama untuk baka.
Katanya, projek komersial yang dijalankan oleh penternak akan dapat meningkatkan populasi haiwan tersebut.
Bagi menyokong usaha penternak, Perhilitan pada tahun lepas memulakan projek pembiakbakaan di bawah Pusat Konservasi Hidupan Liar di Sungai Dusun, Selangor untuk tujuan pembiakbakaan beberapa spesies haiwan liar.
Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun
Berdasarkan laman web Perhilitan, Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun ini siap sepenuh pembinaannya pada bulan April 2000 dengan kos pembinaan sebanyak RM3.6 juta.
Tujuan asal pembinaan ialah bagi projek konservasi Badak Sumatera yang merupakan antara spesies yang diancam kepupusan di negara ini.
Namun pada 2004, pusat konservasi ini tidak lagi menjalankan pemuliharaan badak sumatera tetapi tumpuan dijalankan terhadap projek konservasi badak cipan (Tapirus indicus).
Selain badak cipan, spesies hidupan lain seperti buaya julung-julung (Tomistoma schlegelii), landak raya (Hystrix brachyura) dan kongkang (Nycticebus coucang) juga dipelihara dan terlibat dalam program konservasi ex-situ di sini.
Menurut Khairiah, dalam pembiakbakaan landak raya, teknologi DNA juga telah digunakan untuk tujuan tersebut.
Teknologi DNA yang dijalankan memfokuskan ke arah mewujudkan pengecapjarian DNA bagi spesies hidupan liar di negara ini.
Ia penting bagi mengenal pasti sesuatu spesimen atau sebahagian spesimen hidupan liar bagi tujuan konservasi dan penguatkuasaan.
Menurutnya lagi sejak projek dimulakan pada 2006 dan hingga kini landak yang dibiak dan dipasangkan telah melahirkan 25 ekor anak iaitu sembilan ekor pada tahun lalu dan 16 ekor pada tahun ini.
Katanya, produktiviti landak raya rendah kerana ia memerlukan masa untuk stabil sebelum membiak.
“Pengalaman di Vietnam yang juga menjalankan pembiakbakaan landak sejak 20 tahun lalu telah berjaya melahirkan anak yang banyak. Landak memerlukan masa untuk membiak,’’ ujarnya.
Beliau berkata, anak-anak landak yang di lahirkan itu ditawarkan kepada penternak berminat untuk dijadikan baka dengan harga mengikut saiz antara RM200 dan RM400 seekor.
Beliau berkata, ketika ini terdapat lima atau enam penternak yang telah menjalankan projek dan sekiranya berjaya, mereka membantu meningkatkan populasi haiwan tersebut.
Landak, kata beliau, sejenis haiwan yang senang diternak memandangkan sifat pemakanannya.
Landak makan apa sahaja produk semula jadi daripada pertanian seperti ubi, sayur-sayuran atau sisa pertanian.
“Tidak mustahil ramai yang berminat menternaknya dan kita memang menggalakkan,’’ ujarnya.
Bagaimanapun katanya, meskipun Perhilitan menggalakkan penternakan landak, orang ramai diharap tidak terlalu ghairah untuk menceburinya memandangkan masalah kekurangan baka.
Masalah tersebut dijangka akan dapat diatasi dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi dengan menggunakan bioteknologi.
Selain untuk daging, ternakan landak mempunyai potensi dikembangkan untuk tujuan lain seperti kraf memanfaatkan durinya.
Info
Pembiakabakaan dan Konservasi Ex Situ dui Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar.
Bahagian Konservasi Ex-situ juga bekerjasama dengan Perhilitan negeri di dalam program pembiakan dan konservasi yang melibatkan Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar yang disenaraikan seperti di bawah.
Ia bertujuan untuk menambahkan bilangan spesies hidupan liar di dalam kurungan. Selain daripada program pembiakan, program-program kesihatan juga dikoordinasi dan dilaksanakan oleh bahagian ini di dalam membantu pengurusan hidupan liar di dalam kurungan.
Senarai Pusat Konservasi Hidupan Liar:
*Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat, Perlis.
*Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Pinang, Kedah.
*Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak
*Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan, Perak
*Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor
*Zoo Melaka
*Pusat Konservasi Hidupan Liar Bangas, Johor.
*Pusat Konservasi Hidupan Liar Jemaluang, Johor
*Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang
*Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan
*Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Paloh, Terengganu

Usahawan tani disaran ceburi kaedah organik
SUBANG 4 Nov. - Golongan usahawan tani disaran menceburi pertanian organik kerana hasil tanaman jenis itu membawa pulangan lebih tinggi dan lumayan berbanding pertanian konvensional.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kerajaan sedar bahawa pertanian organik di negara ini masih kurang diamalkan oleh para petani berbanding dengan Thailand dan Vietnam.
Katanya, ini terbukti apabila keluasan tanaman organik di Malaysia sekarang hanya mencecah 1,000 hektar atau lebih kurang 0.01 peratus daripada keluasan kawasan pertanian di negara ini.
"Hampir 80 peratus bekalan produk organik dalam negara diimport dari Australia dan New Zealand, kekacang dan rencah perisa dari China, manakala produk diproses dari Thailand, Amerika Syarikat dan Eropah,'' katanya pada Persidangan Kebangsaan Pertanian Organik 2008 di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementeriannya, Datuk Dr. Baharom Jani.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pertanian, Sulaiman Md. Zain dan Pengarah Pusat Penyelidikan Sumber Strategik MARDI, Dr. Mohd. Yusoff Abdullah.
Mustapa berkata, apa yang memberangsangkan ialah kadar pertumbuhan permintaan produk berasaskan organik seperti sos meningkat setiap tahun kepada lebih 30 peratus setahun.
"Ini semua merupakan peluang kekayaan baru yang boleh direbut daripada pertanian organik,'' ujarnya.
Mustapa turut menyeru agensi-agensi di bawah kementerian itu termasuk MARDI dan Jabatan Pertanian agar bersama-sama membangunkan industri pertanian organik yang baru itu.
Sementara itu, pada sidang akhbar sejurus selepas persidangan itu, Abd. Shukor berkata, MARDI menyasarkan sebanyak 20,000 hektar diusahakan dengan tanaman organik menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Beliau berkata, untuk menangani cabaran itu, MARDI telah membangunkan kawasan ladang seluas lima hektar di Serdang sebagai tapak kajian pertanian organik.
Jelasnya, kajian ekosistem organik dijalankan di kawasan yang berfungsi sebagai 'makmal hidup' itu bagi mengumpulkan maklumat-maklumat penting dalam penanaman secara organik.
"Maklumat kajian itu boleh dikongsi bersama dengan petani dan pengusaha yang berminat mengusahakan pertanian organik,'' ujarnya.

Berguru di Thailand dalam bidang pertanian dan penternakan
Walaupun pertanian menjadi sektor utama Malaysia, negara masih jauh ketinggalan dalam pengeluaran hasil pertanian untuk menampung keperluan sendiri.
Dengan anugerah tanah yang subur, iklim bersesuaian, tenaga kerja ramai, berkemampuan dan diiringi kedudukan ekonomi serta politik yang stabil, belum cukup untuk dijadikan pengukur kejayaan tanpa usaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan dengan sebenar-benarnya slogan "Pertanian Adalah Perniagaan".
"Kita boleh pelajari dari Thailand", itu adalah kesimpulan yang diperoleh hasil lawatan selama empat hari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed ke negara jiran itu.
Malaysia perlu banyak belajar dan mencontohi terutama dari segi kesungguhan, ketekunan dan kegigihan rakyat Thailand dalam memajukan sektor pertanian negara mereka, katanya kepada Bernama.
Mustapa mengetuai pelbagai agensi kerajaan di bawah kementeriannya dalam lawatan itu baru-baru ini, untuk mempelajari, menjalinkan hubungan dan melawat tempat-tempat yang boleh dibawa kepakarannya di Malaysia.
PERTANIAN SECARA BESAR-BESARAN
Mustapa berkata, rakyat Thailand mengamalkan konsep pertanian berskala besar yang menyumbang kepada faktor kejayaan mereka untuk muncul sebagai pesaing di peringkat antarabangsa.
Katanya, keupayaan negara jiran itu memajukan sektor pertaniannya sehingga menjadi antara negara pengeluar hasil pertanian utama dunia, memangkin semangat Malaysia untuk turut berkongsi ilmu bagi meningkatkan mutu dan hasil produktiviti pertanian negara.
Mustapa berkata, beliau menyimpulkan jika ia berjaya dipraktikkan di Malaysia, kedudukan negara akan lebih selamat kerana tidak perlu bergantung lagi kepada 'belas ihsan' negara lain untuk memenuhi keperluan makanan negara.
"Untuk menjayakan hasrat ini, kemajuan teknologi memainkan peranan yang amat penting. Kerana itu, lawatan tidak sempurna jika tidak berkunjung ke Universiti Kasetsart, salah sebuah universiti yang banyak terlibat dengan penghasilan teknologi pertanian di Thailand," katanya.
Beliau berkata apa yang Malaysia perlu lakukan sekarang ialah mengubah sikap sebahagian besar petani agar moto "Pertanian Adalah Perniagaan" dapat benar-benar dihayati seterusnya direalisasikan.
LADANG TENUSU CHOKCHAI
Katanya, antara tempat yang dilawati termasuk Ladang Tenusu ChokChai di Nokhom Ratchasima, pasar borong pertanian bersepadu Talaad Thai, Projek Diraja Chitralada.
Mustapa berkata, Thailand dikenali sebagai "dapur dunia" mempunyai banyak aspek industri pertanian yang boleh dipelajari termasuk industri tenusu di negara itu.
Malaysia, katanya, boleh menjadikan Ladang Tenusu ChokChai sebagai contoh. Ia bukan sekadar sebuah ladang, malah diiktiraf institusi perladangan tenusu persendirian yang amat berjaya dan satu daripada ladang tenusu yang paling canggih di Asia Tenggara.
Dengan keluasan kira-kira 3,200 hektar dan terletak 155 km dari Bangkok, ia memberi pengunjung satu pengalaman berada dalam kehidupan di alam semula jadi. Ia sebuah ladang yang lengkap, mempunyai tanamam rumput dan jagung sendiri untuk ternakannya, malah mempunyai simpanan rumput ternakan.
Ladang Tenusu Chokchai ialah satu projek agro-pelancongan yang menjalankan aktiviti pertanian seperti ternakan lembu tenusu dan lembu daging untuk kegunaan tempatan. Kawasan ini juga dibuka kepada orang ramai bagi tujuan pembelajaran.
Dengan tenusu sebagai asas kegiatan perniagaan, ladang ini telah memperluaskan bidang kegiatannya seperti pelancongan, hospitaliti, peruncitan, dan khidmat perundingan.
Ia mempunyai jabatan penyelidikan dan pengembangannya sendiri untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran dari ladang dan binatang ternakannya. Ladang tenusu Chokchai adalah ladang pertama di Thailand yang mengeksport ternakan tenusunya ke Malaysia, Laos dan Vietnam.
PASAR BORONG PERTANIAN
Begitu juga dengan Talaad Thai, pasar borong pertanian bersepadu utama di Thailand yang beroperasi 24 jam. Didirikan pada 1995 dan diuruskan oleh Thai Agro Exchange Co. Ltd, ia adalah pusat pengedaran bagi produk pertanian tempatan dan luar negara.
Terletak di kawasan seluas 80 hektar, pasar ini boleh memuatkan 15,000 metrik tan hasil pertanian sehari dan mempunyai ruang untuk buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan hasil laut, tanaman, bunga dan makanan kering.
Pasar ini menempatkan segala produk pertanian, ternakan dan perikanan yang dihasilkan petani dari seluruh Thailand, malah juga produk pertanian dari luar negara, untuk proses jual-beli yang sistematik.
Pasar ini merupakan sebuah pusat perdagangan produk pertanian termoden dan terbesar di Thailand dan Asia.
PROJEK DIRAJA CHITRALADA
Manakala projek pertanian Chitralada adalah unik kerana ia dipercayai menjadi projek yang pertama seumpamanya di dunia diilhamkan oleh keluarga diraja.
Projek ini mengambil tempat di Chitralada Palace, yang menjadi kediaman Raja Bhumibol Adulyadej sejak 1961, telah menjalankan pelbagai aktiviti sebagai kajian untuk peningkatan mutu dan hasil pertanian sesuai untuk diamalkan oleh petani.
Projek ini hasil keprihatinan istana untuk mengatasi masalah pertanian yang menjadi tulang belakang ekonomi rakyat negara itu.
Maka tidak hairanlah jika Istana Chitralada ini merupakan satu-satunya istana raja di dunia yang dikelilingi oleh bendang, ladang tenusu, kolam ikan dan puluhan kilang, termasuk bagi pembuatan lilin, minuman dari buah-buahan dan sayur-sayuran, roti, kertas dan buah-buahan dalam tin.
Apa yang istimewa mengenai projek ini ialah setiap kegiatan yang dijalankan mendapat perhatian daripada Raja Bhumibol secara peribadi.
Sesuatu yang menarik mengenai projek diraja ini ialah tidak ada sisa terbuang yang dihasilkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Misalnya, jika padi diproses menjadi beras, sekamnya pula tidak dibuang begitu saja dan dijadikan bahan bakar.
Malah kreativiti mereka nyata terserlah apabila minyak masak terpakai juga dihasilkan menjadi sabun dan lilin.
Sememangnya, masih banyak yang perlu dilakukan Malaysia jika ingin menjadi satu daripada pemain utama dalam sektor pertanian, apatah lagi untuk menjadi pengeluar bahan makanan utama dunia.
Namun, sebagaimana yang telah dibuktikan Thailand, sesukar manapun ia, dengan komitmen dan kesungguhan, tidak mustahil Malaysia mampu mencontohinya. Ia hanya memerlukan komitmen dan ketabahan untuk berjaya.

Sektor pertanian sumber penting bagi negara
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata langkah kerajaan memajukan sektor pertanian ternyata telah membawa kebaikan terutama sekali dengan pelbagai krisis yang melanda dunia ketika ini termasuk kekurangan makanan.
Perdana Menteri berkata kerajaan memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan perladangan kerana ia dilihat adalah sumber penting dan dapat meningkatkan ekonomi negara.
"Walaupun pada peringkat awal, orang menganggap Pak Lah nak maju ke depan tapi sentiasa pandang ke belakang, macamana nak maju ke depan? Tapi kita telah lihat bahawasa langkah yang kita ambil betul", katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-23 di sini, hari ini.
Katanya krisis kekurangan makanan merupakan salah satu daripada pelbagai krisis yang melanda dunia ketika ini selain krisis kewangan dan kenaikan harga minyak yang telah membawa pelbagai masalah sampingan.
"Harga minyak sudah mula menurun tapi masalah kenaikan harga barang dan inflasi masih belum dapat ditangani secukupnya dan masalah-masalah lain yang telah berlaku.
"Macamana kita perlu hadapi semua ini...dengan sabar, jangan hilang keyakinan atau kelam kabut, tabah...dengan kekuatan yang kita ada supaya kita tidak terkubur dalam keadaan ini, dan supaya ekonomi kita tidak jadi begitu lemah sehingga tidak boleh dibangunkan semula," katanya.
Abdullah berkata kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk memastikan krisis berkenaan tidak melemahkan ekonomi negara dan menjejaskan usaha membangunkan negara mengikut perancangan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Dalam pada itu, Abdullah juga berharap pembaharuan yang beliau bertekad untuk dilaksanakan bagi memperkukuhkan institusi negara sebelum beliau berundur pada Mac tahun depan, dapat diluluskan oleh Parlimen menjelang tarikh itu.
Beliau merujuk kepada tiga rang undang-undang berkaitan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Aduan Khas yang dijadual dibentangkan pada sesi Parlimen pada Februari tahun depan.

Tuesday, November 11, 2008
Petani warisan datuk
"JABATAN Pertanian? Jenama beras? Patani di Siam (Thailand) ke? Itu antara tanggapan pelanggan ketika saya mula-mula memperkenalkan jenama Petani secara komersial pada 1995," kata Ketua Pegawai Eksekutif Zulkifli Bamadhaj (M) Sdn Bhd, Zulkifli Khalid.
Katanya, ketika itu, beliau baru berjinak-jinak mengembangkan semula perniagaan yang diusahakan ayah, Khalid Ahmad, 74, dan ibunya, Mahani Abdullah, 71, menyebabkan dia hampir bosan dan berputus asa apabila kerap diajukan soalan sama ketika mempromosikan produk keluaran syarikat keluarganya.
Menurut Zulkifli, keluarganya tidak memberinya banyak pilihan apabila menyuruhnya mewarisi perniagaan keluarga yang diusahakan sejak 1965 itu.
"Pada mulanya saya ikut ayah masuk ke kebun, selepas mencuba beberapa hari saya tidak sanggup kerana kerja sebagai petani terlalu berat dan buat keputusan untuk majukan jenama Petani walaupun ketika itu perniagaan dalam keadaan sakit," katanya.
Mengimbas sejarah, Zulkifli berkata Jenama Petani pada mulanya dihasilkan datuknya pada 1965 ketika bekerja sebagai pemutar filem di sebuah panggung wayang di Muar.
Bagi mencukupkan perbelanjaan keluarga, Ahmad membuat perniagaan sambilan menghasilkan minyak urut yang diberi jenama Petani dan dijual di depan panggung wayang setiap hari.
“Jenama Petani dicipta sendiri datuk saya dengan menggambarkan dirinya yang pernah menjadi petani di sebuah perkampungan kecil, sebelum berhijrah ke bandar Muar,” kata Zulkifli.
Menurutnya, pada ketika itu datuknya menghasilkan sendiri minyak urut dan majun. Setiap hari beberapa orang kampung akan datang ke rumahnya membawa raga dan mengambil barangan untuk dijaja dengan berjalan kaki, dan setiap penjaja akan diberi komisen daripada hasil jualan.
Perniagaan Ahmad itu kemudiannya diwarisi anaknya, Khalid sebelum tiba pula giliran Zulkifli selaku cucu Ahmad dan satu-satunya anak lelaki Khalid.
Zulkifli berkata, pada awal pembabitan dalam perniagaan keluarga, dia hanya diberi sebuah van yang dimuatkan dengan produk yang dikeluarkan syarikat milik bapanya, tanpa wang sesen pun untuk memulakan perniagaan.
Berbekalkan van yang separuh penuh dengan muatan berisi majun dan minyak urut itu, Zulkifli membuat perjalanan hampir setiap hari dan tunai yang diraih, digunakan sebagai modal pusingan untuk menambah barangan yang kehabisan stok, sebelum meneruskan perjalanan untuk hari-hari seterusnya.
"Ayah hanya menasihatkan di mana ada jalan, di mana ada lorong, di mana ada kedai, pergi masuk dan jual barang yang dibawa dan formula yang diturunkan itu diguna pakai sehingga kini malah dimantapkan dengan pelan pemasaran terbaru.
"Walaupun perit ketika itu ditambah dengan jenama Petani yang masih belum dikenali saya teruskan usaha kerana tidak mempunyai pilihan kerana saya sedar ia sebenarnya lebih baik berbanding ketika saya bekerja makan gaji di Kuala Lumpur," katanya.
Menurutnya, baru merangkak naik dalam perniagaan, sekali lagi beliau dikejutkan dengan arahan kerajaan setiap produk herba dan tradisional wajib mendapat kelulusan Lesen Amalan Pengilangan Baik (GMP) daripada Kementerian Kesihatan pada 1998.
Namun arahan itu tidak mematahkan semangatnya, malah disahutnya dengan positif dan kini semua produk jenama Petani turut mempunyai kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Biro Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia, Kementerian Kesihatan.
Katanya, walaupun ketika itu fikiran kusut memikirkan mencari dana bernilai RM60,000 bagi memperolehi lesen namun beliau berikhtiar kerana sedar syarat yang ditetapkan akan membawa perubahan yang lebih baik terhadap produk keluaran syarikatnya.
"Ketika itu memang tidak ada duit sebanyak itu. Saya cuba pinjam dengan insitusi kewangan tetapi tidak dilayan berikutan rekod kurang baik malah seorang pegawai Mara ketika memberi jawapan sinis industri herba tidak ada dalam senarai untuk pinjaman.
"Tergugat sedikit semangat ketika itu tetapi alhamdulillah berkat duit yang dipinjam daripada keluarga, saya berjaya mengatasi cabaran itu. Saya juga buat perjanjian dengan kontraktor untuk membuat bayaran secara ansuran bagi membina kilang dan mengekalkan hubungan baik dengan semua pembekal.
“Akhirnya perusahaan keluarga yang sekian dijalankan di rumah berpindah ke kilang baru di Kawasan Perindustrian Bukit Bakri. Sejak itu, bermula sejarah perniagaan saya dijalankan secara lebih komersial," katanya.
Zulkifli berkata, perniagaannya bertambah baik apabila masyarakat negara ini mula berubah dan menerima produk berasas herba serta alam semula jadi pada 2002.
Katanya, pemerhatiannya mendapati pada 199 kebanyakan pengguna produk herba dan tradisional berusia 45 tahun ke atas tetapi trend mulai berubah sejak 2002 apabila pengguna berusia lewat 20-an mula berminat menggunakan produk itu.
Penerimaan baik masyarakat pengguna termasuk golongan muda terhadap produk Petani, membolehkan operasi syarikat pantas berkembang daripada cuma lapan pekerja kepada 70 orang pada hari ini.
Jika ketika awal perniagaan diasaskan pada 1965 jenama Petani hanya tertera pada dua produk, kini syarikat itu menghasilkan lebih 40 jenis produk yang diedarkan di lebih 2,000 kedai dan cawangan niaga di seluruh negara.
Jenama Petani boleh diperoleh di Farmasi Pusrawi, sebuah kaunter pameran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang dan beberapa pasar raya terkemuka di seluruh negara.
Antara produk berjenama Petani ialah majun, kapsul kacip fatimah manjakani plus untuk wanita dan kapsul ubijaga tongkat ali plus untuk lelaki.
>Profil
Nama: Zulkifli Khalid
Usia: 36 tahun
Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Zulkifli Bamadhaj (M) Sdn Bhd, Zulkifli Bamadhaj Beveragers Industries, Sumandale Health & Beauty Industries
Tempat lahir: Muar, Johor
Pendidikan: Diploma Pemasaran
Adik-beradik: Anak kedua daripada dua beradik.
Subscribe to:
Posts (Atom)