Saturday, January 30, 2010

Seminar biomas untuk pengeluaran biofuel


Ini termasuk 17 juta tan (tandan kelapa sawit kosong); 4.5 juta tan (batang kelapa sawit) dan 1.35 juta tan (jerami padi) yang dihasilkan setiap tahun.


Pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memajukan teknologi inovatif pengeluaran produk-produk biomas telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan pusat-pusat penyelidikan lain dijangka akan dipertingkatkan lagi di masa hadapan.


Untuk mengetahui penemuan-penemuan penyelidikan berkaitan pengunaan biomas serta mengkaji potensi pengunaan bahan mentah ini, sertailah Seminar Biomas Untuk Biofuel Produk Nilai Tambah yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Oktober ini di The Saujana Kuala Lumpur, Jalan Lapangan Terbang Subang.


Menurut Pegawai Media FRIM, Toh An Nee, seminar bertema Ke Arah Penggunaan Biomas Yang Lebih Efisien itu dianjurkan bersama oleh FRIM dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).


Ia bertujuan meningkatkan kesedaran tentang potensi pengunaan biomas, menyediakan forum untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan serta berkongsi penemuan-penemuan penyelidikan terkini dengan sektor swasta, pihak industri, penggubal polisi serta para penyelidik.


Selain itu, satu pameran juga akan diadakan untuk mempamerkan produk-produk, teknologi terbaru serta perkhidmatan yang berkaitan.


Untuk pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi Dr. Wan Asma Ibrahim atau Rafidah Jalil (03-62797311 / 7367 / 7280); e-mel: sbbvap09@frim.gov.my atau layari laman: www.frim.gov.my.

Jatuh bangun seorang penternak udang

ag_03.1
Najee Muddin Ibrahim BANGGA MEUNJUKKAN UDANG HASIL KOLAMNYA DI bATU pAHAT, jOHOR

MENGALAMI kerugian pada tahun pertama pembabitannya dalam bidang penternakan air tawar atau akuakultur tidak mematahkan semangat anak muda ini untuk terus melangkah lebih jauh dalam penternakan udang tanpa menoleh ke belakang.


Berpegang kepada prinsip tidak mahu mengaku kalah, Najee Muddin Ibrahim, 37, melangkah lebih jauh dalam penternakan udang tanpa rasa ragu dan menjadikan setiap kelemahan sebagai penguat semangat untuk terus maju.


Dengan sokongan padu daripada ahli keluarga serta rakan-rakan rapat menjadikan dia seorang yang gigih dalam setiap apa yang diusahakannya.


”Saya memulakan projek ternakan udang harimau ini sejak tujuh tahun lalu dengan modal sendiri sebanyak RM760,000 tanpa pinjaman atau bantuan daripada mana-mana institusi kewangan,” jelasnya.


Pada awal pembabitannya, Najee Muddin berkongsi bersama seorang rakan tetapi selepas mengalami kerugian akibat kurang kemahiran, dia tidak pernah putus asa dan yakin dalam setiap apa yang diusahakannya.


Kegagalan lalu dijadikan sebagai penguat semangat dan sokongan daripada keluarga yang tidak putus-putus menjadikannya begitu tabah meski jauh di sudut hati dia berasa agak kecewa.


Bapa kepada tiga orang anak ini bermula dengan membeli 4.5 hektar tanah dengan kos lebih RM100,000 untuk membuat kolam udang harimau di Lot 3033, Kampung Teluk Bakong, Sungai Kajang, Batu Pahat, Johor kira-kira tujuh tahun lalu.


Najee Muddin memulakan ternakan udang dengan empat buah kolam ternakan berukuran 49,000 kaki persegi setiap satu.


Kini dia mempunyai enam buah kolam udang dengan empat pekerja yang bertanggungjawab menjaga pemakanan ternakannya dan kebersihan kolam-kolam berkenaan.


Menurutnya, benih anak udang diperoleh daripada pembekal di Johor Bahru dengan harga tiga sen hingga RM1.20 seekor, bergantung kepada usia benih itu.


Setiap kali membeli benih, dia memerlukan RM11,000 untuk tiga tan benih bagi memenuhi semua kolam yang diusahakan pada awal pembabitannya dulu.


”Dua tahun saya berusaha keras untuk menjayakan kolam udang ini, barulah ia menampakkan hasil.


Tahun pertama selalu rugi, banyak udang mati kerana keadaan air yang tak sesuai,” katanya ketika ditemui kolam ternakan udangnya baru-baru ini.


Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya terutama dari segi harga udang yang ada turun naiknya.


udang harimau

Tetapi pada tahun ini, apabila harga udang harimau agak tinggi beliau turut menternak udang putih yang mendapat permintaan di pasaran dengan harga pasaran yang lebih rendah tetapi permintaannya tinggi.


Dia yang mulanya mendapat bimbingan daripada Jabatan Perikanan turut menyertai pelbagai kursus yang dianjurkan bagi menambahkan pengetahuannya dalam bidang penternakan udang dan ikan.


Bermula dari situ, kemahiran dalam menternak udang dapat diketahui dari semasa ke semasa.


Ini menjadikan Najee Muddin yakin dan bersemangat dalam apa yang diusahakan agar kerugian dan pengalaman pahit yang dilaluinya di awal pembabitan dalam ternakan udang dapat ditebus sekali gus menjadikan dirinya seorang yang tidak mudah mengalah.


Tambahnya lagi, udang ternakannya akan dihantar kepada dua pemborong tetap untuk pasaran di Johor Bahru dan Singapura selain pasaran lain di dalam negara.


Hasil kegigihannya, Najee Muddin dianugerahkan sebagai Wira Tani (Belia) oleh Jabatan Belia dan Sukan Johor pada tahun lalu juga mendapat Anugerah Belia Tani peringkat Kebangsaan.


Kini Najee Muddin telah membuka syarikatnya sendiri iaitu Najee Brothers Sdn. Bhd. dan sedang merangka untuk membesarkan projek ternakan udangnya untuk pasaran antarabangsa.


Tambahnya, dia telah mendapat 2,000 hektar kawasan di Tanjung Manis Halal Park Sarawak dan akan mengusahakan ternakan udang harimau, udang putih dan ikan kerapu.


”Dalam perjanjian yang telah dimeterai, saya diberi tempoh pajakan selama 30 tahun untuk mengusahakan kawasan berkenaan dan modal yang diperlukan ialah RM2 billion,” jelasnya.


Selain menternak udang dan ikan, beliau juga akan mengusahakan makanan frozen berasaskan udang dan ikan dan akan di eksport ke luar negara khusus untuk mereka yang beragama Islam.


Katanya lagi, kertas kerja telah pun disiapkan dan kajian terperinci telah pun dibuat oleh konsultan yang dilantik dari Singapura.


Setakat ini katanya, sebuah syarikat dari Hong Kong berminat untuk menjadi pelabur memandangkan produk halal Malaysia yang akan dihasilkannya adalah dari Zon Halal Park.


Justeru katanya, dengan adanya produk makanan sejuk beku berasaskan ikan dan udang serta halal, ia akan memudahkan warga Islam di luar negara seperti Jepun dan Hong Kong mendapatkan makanan yang halal tanpa rasa ragu.


Bagi Najee Muddin ia merupakan cabaran baru baginya dalam melebarkan sayap syarikat untuk menjadi penternak udang dan ikan yang terbesar serta mengeksport makanan sejuk beku yang halal ke luar negara dengan kualiti yang terjamin.

Zamzuree bangkit selepas kecundang

ag_02.1
Seorang pekerja memasukkan telur masin yang siap diproses ke dalam plastik.


MEMANG ramai sebenarnya di dunia ini yang boleh bercerita bagaimana mereka tidak akan berjaya jika tidak menemui kegagalan terlebih dahulu.


Zamzuree Zakaria, 43, ialah seorang daripadanya yang menjadikan pengalaman kecundang sebagai pengajaran amat berguna untuk bangkit semula dan muncul sebagai antara pengimport dan pengeksport lembu secara komersial terbesar di negara ini.


Dengan berbekalkan modal hanya RM40,000 pada tahun 2000, yang sekadar mampu mengimport 28 ekor lembu dari Australia, kini pengusaha lembu yang juga Pengarah Syarikat Mahaderas Sdn. Bhd. ini sudah memiliki aset semasa lebih RM4.9 juta.


”Ini termasuk kandang dan peralatan yang membabitkan kawasan seluas 8.7 hektar di Kampung Jelor, Pasir Puteh,” katanya kepada ketika ditemui di ladangnya di Pasir Puteh, Kelantan.


Zamzuree pemegang Ijazah Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993 mengambil alih pengurusan perniagaan daripada bapanya Zakaria Awang pada tahun 2003.


Sebelum itu, beliau pernah bekerja di beberapa buah syarikat termasuk Renong Berhad, Kuala Lumpur dan sebuah bank di Kelantan sebelum mengambil keputusan meletak jawatan untuk menceburkan diri dalam perniagaan penternakan.


Bukan mudah bagi Zamzuree untuk mengumpul aset sebesar itu. Anak kepada seorang guru sekolah kampung yang tidak mempunyai asas perniagaan yang kukuh ini mengambil risiko besar meninggalkan pekerjaan kolar putih untuk menceburi bidang perniagaan.


Setahun selepas mengambil alih perniagaan bapanya, beliau menghadapi ujian perniagaannya hampir lumpuh berikutan harga import lembu dari Australia meningkat mendadak kerana nilai mata wang negara menurun.


”Ia halangan terbesar dan perniagaan saya hampir lumpuh sama sekali.


”Saya pernah menerima pelbagai kritikan dan cacian daripada masyarakat di atas kegagalan itu dan saya jadikan ia sebagai tiupan semangat untuk bangkit semula.


“Doa dan harapan saya mendapat keredaan Allah apabila diselamatkan oleh Agro Bank yang meluluskan pinjaman segera berjumlah RM1.4 juta sebagai modal pusingan,” katanya.


Dengan wang pinjaman itu, Zamzuree mula mengalih tumpuan ke arah mengimport lembu dari Selatan Thailand terutama spesies Brahman Cross India.


Kini beliau mengimport kira-kira 12,000 ekor setahun untuk dipasarkan di Semenanjung terutama Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Pahang, selain Kelantan.


Terbaharu, lebih 1,200 ekor lembu bernilai RM2 juta sudah ditempah bermula akhir bulan ini bagi keperluan bulan Ramadan dan Aidilfitri.


”Sebahagian besar daripada jumlah itu sudah tiba dan ditempatkan di ladang syarikat untuk dikuarantinkan selama 10 hari dan diberi suntikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pasir Puteh agar ia selamat dan bebas daripada pelbagai jangkitan penyakit sebelum diedarkan kepada pengguna,” katanya.


Lembu berkenaan dijual dengan harga yang berpatutan iaitu kira-kira RM2,000 seekor dan sehingga kini ia mendapat permintaan yang tinggi terutama pada musim perayaan dan musim cuti sekolah bagi kenduri kahwin.


Zamzuree berkata, berasaskan kejayaan itu beliau mempelbagaikan kegiatan dengan menyertai projek hiliran seperti ternakan 1,300 ekor itik telur spesies khaki campbell untuk memproses dijadikan telur masin.


Dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pasir Puteh, beliau berjaya menghasilkan kira-kira 900 biji telur sehari untuk pasaran domestik dan merancang untuk menghasilkan 10,000 biji untuk dieksport ke luar Kelantan.


Zamzuree juga mengimport dan menternak 200 ekor kambing daging spesies luar negara dan sehingga kini dapat memasarkan 100 ekor sebulan untuk keperluan tempatan.


Bagi keperluan harian, beliau turut menternak 300,000 ekor ikan keli dan mengeluarkan hasil antara 800kg dan 1,000 tan sebulan.


Beliau juga ialah pengeluar terbesar baja organik hasil buangan bahan terbiar seperti najis lembu, kambing dan itik selain campuran bahan kimia bagi penyuburan tanaman jangka pendek dan panjang.


Antara 10 hingga 20 tan sehari mampu dikeluarkan bagi memenuhi keperluan domestik termasuk beberapa buah syarikat di Terengganu.


Di samping itu, Zamzuree juga mempunyai sebuah kolam memancing pelbagai spesies ikan yang membabitkan kawasan seluas 1.8 hektar dan sebuah restoran.


Kolam berkenaan disediakan untuk memberi peluang kepada remaja melibatkan diri dalam aktiviti lebih sihat dengan mengenakan bayaran RM7 sejam.


Setiap bulan beliau mengadakan karnival memancing dengan tawaran hadiah menarik termasuk wang tunai.


Seorang pembeli dari Cheras, Selangor, Mokhtar Ahmad, 35, ketika ditemui di ladang berkenaan berkata beliau sering berurusan dengan syarikat berkenaan disebabkan bekalan lembunya lebih segar.


“Kedatangan saya hari ini untuk membeli lapan ekor lembu bagi bekalan bulan Ramadan,” katanya

Keenakan belangkas

va_01.1


BUKAN manusia sahaja yang yang mengutamakan kebersihan, tetapi juga belangkas. Faktor kebersihan inilah menjadikan Tanjung Buai yang terletak di antara Sungai Johor dan Sungai Lebam dalam daerah Kota Tinggi, Johor menjadi lokasi pilihan belangkas untuk mendarat setiap kali air pasang kerana airnya yang masih belum tercemar.


Belangkas yang seringkali dikaitkan dengan manusia melalui pepatah ’seperti belangkas’ merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut dan paya air tawar. Ia agak mudah ditangkap.


Haiwan yang panjang ekornya boleh mencapai sehingga 51 sentimeter itu biasanya mendarat ketika air pasang dan menjadi sumber rezeki kepada para pencarinya.


Kehadiran haiwan yang badannya mirip topi besi tentera itu ternyata membawa rezeki ‘terpijak’ kepada penduduk Tanjung Buai.


va_01.2

MENU belangkas masak asam pedas kering sering mendapat sambutan.

Hanya belangkas betina yang ditangkap dan dijual kepada peniaga restoran pada harga di antara RM2 hingga RM5 seekor, bergantung kepada saiz.


Menurut pemilik sebuah restoran, Ibrahim Baharum, 61, dia menjadikan belangkas sebagai menu utama di restorannya yang terletak di persimpangan jalan ke Teluk Sengat.


“Setiap hari, saya akan ke Kampung Tanjung Buai untuk membeli belangkas daripada penduduk kampung.


“Kemudian, saya akan menyimpannya di rumah rakit untuk memastikan stok belangkas saya mencukupi,” katanya.

va_01.3

MEMASAK belangkas mudah tetapi untuk menyiangnya, kita perlu berhati-hati.

Ujar Ibrahim, belangkas cukup enak jika dimasak asam pedas kering.


“Ada juga pelanggan yang meminta belangkas untuk dimasak sup.


“Biasanya, menu belangkas akan habis setiap hari,” ujarnya kepada Kosmo!.


Tambahnya, memasak belangkas memang mudah tetapi untuk menyiangnya, seseorang perlu berhati-hati.


Ini kerana, katanya, sejenis toksin yang boleh membuatkan sesiapa yang memakannya mabuk perlu dibuang.


“Kalau kita termakan toksin itu, kita mungkin akan berasa pening kepala dan cara untuk menghilangkannya adalah dengan meminum air kelapa,” ujarnya.


Menurutnya, isi belangkas lebih sedap daripada isi ketam dan orang kampung percaya, ia boleh dijadikan makanan tambahan untuk menguatkan tenaga.


“Saya masak sehingga 40 ekor belangkas setiap hari,” tambahnya.

va_01.4

RESTORAN-RESTORAN di Kota Tinggi yang menyajikan hidangan belangkas mendapat sambutan baik pengunjung.

Restoran Ibrahim yang beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 3 petang itu sering menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bandar Penawar, Desaru, Bandar Emas serta beberapa kawasan Felda di sekitar Kota Tinggi. Ia juga mendapat perhatian para pelancong dari luar daerah termasuk Singapura.


Sebuah lagi restoran yang menyajikan menu belangkas adalah Restoran Belangkas Mahkota di Kota Tinggi.


Restoran yang terletak di Jalan Kota Tinggi- Mersing sejak 10 tahun lalu itu sering menjadi lokasi persinggahan penggemar masakan belangkas dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina.


Seperti sajian di restoran Ibrahim, menu istimewa dan sering mendapat permintaan tinggi adalah belangkas masak asam pedas kering.


Ia dijual pada harga RM5 bagi satu hidangan.

MAHA 2008 Dijangka Catat Pertambahan Jualan 10 Peratus Daripada MAHA 2006


Katanya ini kerana MAHA 2008 diadakan dalam tempoh yang lebih lama iaitu selama 13 hari bermula 11 Ogos berbanding MAHA 2006 yang berlangsung selama enam hari dengan mencatatkan nilai jualan langsung sebanyak RM6 juta manakala RM110 juta lagi dalam bentuk tempahan.


” Kami juga menjangkakan ramai pengunjung dari luar negeri datang ke sini untuk melihat apa yang kita boleh tawarkan kepada mereka, dari segi produk dan teknologi baru untuk mereka import dari negara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang dekat sini hari ini.


MAHA 2008 bermula pada 11 Ogos ini tetapi hanya dibuka kepada pelawat perdagangan sahaja pada hari itu. Ia akan dibuka kepada orang awam selama 12 hari mulai 12 Ogos dan perasmiannya akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Majlis perasmian turut disiarkan secara langsung oleh saluran RTM.


Berbanding sembilan negara pada 2006, Mustapa berkata sebanyak 13 negara akan turut menyertai pameran tahun ini termasuklah United Kingdom, Belanda dan Itali manakala Australia pula bakal menjadi negara tetamu berdasarkan kemajuan negara itu dalam bidang pertanian terutama dari segi teknologi dan pengeluaran, yang bakal memberi kesan kepada perkembangan pertanian dalam negara.


Australia juga akan turut mempersembahkan ‘rodeo show’ yang dijangka dapat menarik lebih ramai pengunjung daripada pelbagai peringkat umur, katanya.


Sebagai titik pertemuan antara mereka yang terlibat dalam bidang pertanian di seluruh negara, beliau yakin MAHA 2008 dapat memacu perkembangan positif bagi sektor pertanian dan industri asas tani negara ini.


“Peningkatan dalam pembangunan sektor pertanian adalah penting terutama dalam situasi di mana dunia menghadapi krisis bekalan makanan, dan dengan peningkatan ini kita berharap akan menambah pengeluaran makanan dalam negara, juga bagi memastikan harga yang lebih berpatutan,” katanya.

Mustapa berkata MAHA tahun ini juga memastikan keadaan yang lebih selesa dengan bangunan kekal dan tapak pameran seluas 50 ribu kaki persegi, selain pembesaran jalan, tempat letak kereta yang boleh memuatkan 7,000 kenderaan dan perkhidmatan trem yang kesemuanya berjumlah 17 buah sebagai pengangkutan dalaman.


“Tahun 2006 kita ada banyak masalah tempat letak kereta, kesesakan lalu lintas, pintu-pintu yang dirobohkan oleh pengunjung sebab mereka tak boleh masuk, tetapi tahun ini dengan semua kemudahan yang disediakan termasuk perkhidmatan trem yang berterusan kita yakin masalah-masalah ini akan berkurangan,” katanya.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai persetujuan PAS untuk bersemuka dengan Umno asalkan pertemuan itu dinamakan sebagai ‘muqabalah’, Mustapa yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau mengalu-alukan sebarang pertemuan antara kedua-dua parti asalkan pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu ikhlas dalam usaha menyatu-padukan kaum bumiputera.


“Negara kita dikurniakan dengan pelbagai sumber alam yang boleh memajukan negara, jadi nak menguruskan sumber-sumber ini kena ada kestabilan politik dan perpaduan, dan ini akan datang daripada pertemuan di kalangan pemimpin,” katanya.

– BERNAMA

Rahsia kecantikan daripada sarang burung

Bagi pelanggan yang memilih rawatan muka awet muda, sarang burung layang-layang bercampur kolagen merupakan bahan utama yang digunakan dalam rawatan ini. Rawatan ini menjadikan kulit lebih sihat, berseri, memperbaiki struktur kulit yang telah rosak dan melindungi dari dalam dan luar.


Kebaikan yang terdapat pada sarang burung layang-layang amat menakjubkan. Sarang burung layang-layang emas Beaubelle’s diperoleh daripada bahan pertama yang dikeluarkan oleh burung tersebut. Ia berkualiti tinggi dan mempunyai sedikit bahan asing.


Bahan nutrisi utama yang terdapat di dalamnya ialah karbohidrat, glycoprotein, kalsium, fosforus, zat besi, iodin dan vitamin yang menyegar, memperbaiki dan mencantikkan tubuh. Beliau amat kesal dan sedih apabila kambing tersebut dipulangkan.


Bagi mengatasi masalah tersebut, kambing tersebut disuntik dengan vaksin anticacing, Ivomax dan kemudiannya beliau menyapu minyak hitam pada bahagian yang dijangkiti. Jangkitan kurap pada kulit kambing tersebut didapati tanggal selepas tempoh dua minggu dan selepas tempoh sebulan, bulu sudah mula tumbuh kembali


Kaedah ini dikatakan sangat efektif dan beliau turut memberitahu bahawa kos rawatan yang dibelanjakan hanya pada sekitar RM300 ke RM400 sebulan untuk seluruh ternakannya. Pernah suatu ketika beliau mengalami pengalaman pahit apabila 40 ekor kambing ternakannya mati akibat serangan cirit-birit ekoran masalah banjir.


Keistimewaan penternak kambing ini ialah dia boleh mengenali setiap kambing ternakannya dari segi usia dan dari baka mana terhasil walaupun kesemua kambing tersebut kelihatan agak serupa. Itu antara kelebihan beliau walaupun hanya mengunjungi ladang ternakannya pada hujung minggu kerana sibuk dengan urusan pejabatnya.


Beliau bersama-sama tiga orang pekerjanya membuktikan bahawa kesabaran perlu disematkan sekiranya ingin berjaya dalam bidang pengusahaan ternakan ini selain faktor minat dan pengetahuan asas yang secukupnya.


Bagi sesiapa yang berminat serta ingin mendapatkan khidmat nasihat boleh menghubungi Hamidon Tambih di talian 019-2304735.

Kursus Ternakan Cacing Tanah Secara Komersial

Borang Daftar bulan Julai dan Ogos 2008


Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik-teknik penternakan cacing tanah dan pasaran cacing tanah secara komersial.


MEGA VIEW HOTEL, KUANTAN PAHANG
26 JULAI 2008

PRESCOTT HOTEL, KLANG SELANGOR
09 OGOS 2008


YURAN : RM450.00 / SEORANG
Cara pembayaran:
Kiriman Wang / Wang Pos atas nama AZR AGRO CENTRE


Bayaran melalui bank ke dalam akaun Maybank (No akaun: 5120 5300 4926)
Atas nama AZR AGRO CENTRE


* Bayaran melalui cek tidak akan diterima


Sebarang pertanyaan, sila hubungi ibu pejabat 03-31803994/95/96 atau (012-2204795) En Naza dan (012-2232436 ) Puan Nurul.