Thursday, November 1, 2007

Khasiat Buah Naga


KANDUNGAN PEMAKANAN
Nilai pemakanan bagi 100g hidangan Dragon Fruit merah

Moisture82.5 - 83 g
Protein0.159 - 0.229 g
Fat 0.21 - 0.61 g
Crude Fiber 0.7 - 0.9 g
Carotene 0.005 -0.012 mg
Calcium6.3 - 8.8 mg
Phosphorus30.2 - 36.1 mg
Iron0.55 - 0.65 mg
Vitamin B10.28 - 0.043 mg
Vitamin B20.043 - 0.045 mg
Vitamin B3 0.297 - 0.43 mg
Vitamin C8 - 9 mg
Thiamine0.28 - 0.30 mg
Riboflavin 0.043 - 0.044 mg
Niacin1.297 - 1.300 mg
Ash0.28 g
Other0.54 - 0.68 g

Facts Supply by Taiwan Food Industry Develop & Research Authorities, report code "85-2537". It might be vary from country to country due to the climate, ways of the cultivate, and type of the Pitaya.

FAKTA-FAKTA BUAH NAGA

JENIS

Buah naga mempunyai 3 jenis isi iaitu putih, kuning dan merah. Buah naga isi putih mula-mula sekali diperkenalkan di Malaysia tetapi ianya kurang sesuai dengan cuaca dan persekitaran disini. Harganya juga lebih rendah dan rasanya kurang manis dan sedap jika dibandingkan dengan buah naga isi merah. Buah naga isi kuning pula mempunyai buah dan isi yang kecil dan tidak sesuai untuk dikormersilkan. Buah naga isi merah adalah dari spesis yang paling sesuai dan bermutu untuk ditanam secara besar-besaran di Malaysia. Rasanya lebih manis dan lebih berair. Buah ini juga boleh diproses menjadi berbagai produk seperti enzim, kordial, jus, jem, aiskrim dan di Eropah ianya diproses menjadi wain. Harga buah naga isi merah juga jauh lebih mahal dari jenis yang lain-lain.

CARA PENANAMAN

Pokok Buah naga ditanam dengan menggunakan tiang dan para konkrit. Ini adalah kerana usia pokok ini mampu mencecah usia sekurang-kurangnya sehingga 35-40 tahun. Dengan itu pokok ini memerlukan tiang penahan yang kuat dan tidak reput. Anak vegetatif diambil dari induk asal dan dipotong kira-kira satu kaki panjang. Bahagian pangkal potongan dicelupkan dengan bahan pengalak pertumbuhan akar. Setiap batang tiang konkrit akan ditanam empat batang anak vegetatif. Selepas beberapa hari beberapa tunas anak pokok akan keluar dan hanya satu mata tunas sahaja akan dikekalkan bagi menjamin kualiti pokok yang akan dihasilkan.

RUPA BENTUK BUAH, RASA DAN PENYEDIAAN UNTUK DI MAKAN

Buah yang unik, berbentuk bujur, kulit berwarna merah dan mempunyai ‘sisik’, aroma yang menyegarkan, isi berwarna merah serta mempunyai biji-biji halus seperti buah kiwi dan buah ini boleh dimakan mentah.Penyediaan untuk di makan mentah, buah di potong kepada beberapa bahagian dan kulit di tarik keluar (peel off) dari isinya. Buah ini rasanya manis, berair (juicy), isinya lembut serta mudah di kunyah dan kemanisan buah ini masih dirasai.

PENGAIRAN

Pokok ini memerlukan air secukupnya terutama pada musim panas dan perlu diaiekan secara berjadual supaya tumbesaran pokok menjadi lebih cepat. Oleh yang demikian, sistem pengairan jenis titik (point irrigation) yang terdiri dari paip PVC dengan pam berpusat (central pump) diperlukan untuk mengairi pokok-pokok tersebut. Secara amnya, pokok di airi seminggu sekali tetapi jika sekiranya berlaku hujan pada minggu tersebut, pokok tidak perlu lagi dia airi untuk minggu itu.

PEMBAJAAAN

Pembajaan dijalankan secara berjadual. Di tahun pertama pokok dibaja dengan baja organik yang diproses pada kadar 200g/pk setiap bulan. Di peringkat produktif baja butiran NPK 13:13:21 digunakan pada kadar 300g dan baja organik pada kadar 300g untuk setiap junjung/tiang tanaman setiap bulan. Baja Foliar Nutraphos Super K disembur seminggu selepas pokok berbuah dan diperingkat kejadian putik buah. Baja Foliar seperti CaB yang mengandungi Ca 15% Boron 3% dan Mg5% juga boleh digunakan.Pengairan dan pembajaan perlu di titik beratkan bagi memastikan penghasilan buah yang besar dan pengeluaran bunga yang berterusan.

PENGHASILAN BUAH

Setiap pokok boleh berbuah secara berulang. Putik akan terhasil di bahagian batang (stem) dan selepas empat belas (14) hari, bunga akan terhasil. Bunga pitaya mengembang pada waktu malam sehingga matahari terbit di mana apabila terkena cahaya matahari, bunga akan menguncup. Bunga pitaya hanya mengembang sekali sahaja bagi setiap bunga. Oleh yang demikian pendebungaan yang efektif amat di perlukan. Antara agen pendebungaan adalah lebah dan semut.

KEPERLUAN HUJAN


Pitaya adalah pokok tropikal, keperluan hujan bulanan adalah 300-500mm. Hujan yang amat lebat akan menyebabkan bunga jatuh dan buah rosak. Pokok ini tidak boleh ditenggelami air kerana ia akan merosakkan stem.

SUHU


Suhu maksimum adalah 30-35ーc. Cuaca di Malaysia amat sesuai untuk tanaman buah ini.

TANAH

Sesuai di tanam di tanah pamah atau tanah tinggi dan beralun serta tanah liat berpasir. Perlukan sistem saliran yang effektif kerana pokok ini akan mati jika di tenggelami air.

DAYA TAHAN PANAS


Pokok ini boleh tahan panas kerana ianya adalah pokok jenis padang pasir iaitu pokok kaktus.

POTENSI EKONOMI


Buah naga isi merah mempunyai rasa yang lebih manis dan sedap. Harganya lebih mahal iaitu antara RM 6.00 - RM 10.00 sekilogram. Disamping itu pokok naga ini mempunyai bentuk pokok dan bunga yang cantik dan sesuai untuk menjadi salah satu tarikan pelancongan.

Dari segi ketahanan buah, ianya tahan selama 45 hari dalam keadaan suhu yang sejuk dan pada suhu yang biasa ianya tahan selama 15 hari. Oleh itu buah ini mempunyai ketahanan dan sesuai di eksport keluar negara.

Di Taiwan kajian tentang khasiat buah ini menunjukkan yang ianya tinggi dengan serat dan warna merahnya mengandungi Beta Kerotin yang tinggi. lanya dapat memulihkan sel-sel badan yang telah mati dan sangat baik untuk sistem perkumuhan dan menghalang penyakit barah usus. Buah ini juga dapat meneutralkan toksin dan merendahkan paras kolestrol di dalam badan.

ASAL-USUL

Pokok naga ini berasal dari Mexico Selatan, Costa Rica,Pasifik Guatemala dan E Salvador. Tanaman ini dibawa ke Taiwan dan mula ditanam secara kormersil di Taiwan, Vietnam dan Utara Thailand. Kebanyakanya adalah dari isi yang berwarna putih. Di Malaysia buah naga mula ditanam secara kormersil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pokok dari spesis isi bewarna merah adalah paling sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Pokok ini dikenali di Malaysia dengan nama pokok naga atau buah naga. Selain itu pokok ini juga di kenali sebagai PITAYA Nama saintifiknya ialah Hylocereus undatus. Pokok ini merupakan salah satu daripada spesis kaktus tetapi ianya mengeluarkan buah dan bunga yang cantik. Juga dikenali sebagai cereus atau kembangan malam yang mana bunganya cuma kembang pada waktu malam. Terdapat 3 jenis iaitu isi bewarna kuning, putih dan merah.